cuba tekan :)

Khamis, 24 April 2014

S.A.M Training 2014 at Permai Hotel Kuala Terengganu.

Assalamualaikum...

alhamdulillah, aku dah kembali segar.... argggghhhhhhh...hehehe...
sebelum ni, asyik kurang je masa nak update blog kesayangan aku nim, now semua dah kembali macam biasa lepas selesai S.A.M Training... (Sill, Attitude, Management)

A'ah, bercakap pasal S.A.M Training, aku baru ingat bahawa entry kali nim telah aku khaskan untuk citer pasal semua yang aku hadapi dan telah aku jalani time S.A.M dulu...hehehe (bunyi macam berat je)

Ok, kalau ada orang fikir S.A.M ni berat dan banyak peraturan maaf ye, korang silap...hehehe...
sebenarnya, bagi aku la kan, sepanjang aku mengikuti mana-mana kursus atau aktiviti yang seangkatan dengannya S.A.M ni la yang paling ringan... Bukan setakat ringan malah enjoy lagi tu, setiap aktiviti yang ada dalam S.A.M ni memang best giler-giler la...hahaha... tak pernah aku jumpa kursus yang enjoy macam nim. Fuhhh, dengan game-game yang ada dengan tarian-tarian yang memang mengagumkan...

Dan satu lagi, aku happy sebab kat sini tak mengira siapa kita, berapa umur kita, macam mana rupa kita dan latar belakang kita sebab di sini kita satu family.
yes kita satu.

Sebelum tu, aku nak luahkan rasa happy aku, sebab satu kumpulan dengan ahli-ahli yang sangat cool dan sangat memahami, walaupun baru kenal dan berlainan negeri... arctic seaferes(kumpulan 3) memang terbaik lah... love you all...

Ok, nak citer panjang-panjang aku malas (asyik malas sahaja aku)
aku malas bersebab ok,
aku malas sebab nanti banyak gambar yang aku nak paparkan kat sini, so aku kene sesuaikan agar tak terlalu panjang penulisan aku dalam entri kali ni.








Gambar aku kat atas dengan pengantin tu adalah selingan (iklan) sikit ye...hehehe... ada citer di sebalik gambar tu... yes, ni time aku curi-curi keluar masa lunch kat kursus tu.. ye la dah aku dah buat janji ngan kawan aku, nak datang time wedding dia, tak kan aku nak mungkir janji kan...so, aku ambik tindakan berani, curi-curi keluar...hahaha... tapi lepas tu, aku bagitahu kat leader aku, dia ok je... :) hidup kena jujur ok,

Puan Hajah Ziela Jalil sebagai duta FOREVER LIVING PRODUCTS




























Wakil kumpulan aku menyerahkan sebahagian wang
yang dimenangi oleh kumpulan kami dalam game sebagai derma sempena
kempen amal Live Detox for Charity


Hasil tangan kumpulan aku




Puan Hajah Ziela Jalil pun tidak ketinggalan
sebagai duta produk FLP, Just One Drop (JOD).






Love Letter dari kumpulan aku yang terpilih
ni hasil idea maggie ok...
thanks to maggie, sebab dah banggakan nama kumpulan kita.


Nampak tak kuda(kumpulan aku tu), cerdik dalam membuat
keputusan ok, tak mudah tertipu dengan sebarang tawaran yang dibuat dalam
aktiviti bidaan...
Aku ingat lagi ayat CG Tan...hehehe " saya adalah lautan yang kaya, saya ada banyak wang, saya hanya tahu bagi saje, kamu bawak sudu, kamu bawak lori saya bagi saja...

gambar kenangan S.A.M Training 2014
Permai Hotel Kuala Terengganu
p/s : Just One Drop (JOD) tu sesuai untuk penghidap kencing manis (diabetes)
untuk maklumat lanjut boleh pm saya di fb saya
https://www.facebook.com/hasmida.sabri

Semoga terhibur dengan apa yang dipaparkan...
smile always... :)

Rabu, 23 April 2014

Terengganu International Squid Jigging Festival 2014

Assalamualaikum...

Sobs...sobs...sobs... :'(
aku sedih gila kot, sebab esok hari last festival mencandat sotong...(entry ni sebenarnya dah lme dlm draf, aku sibuk sikit ye, kurang masa nak publishkan, sebab tu ade perkataan esok, sebenarnya aku tulis entry ni mse 16 haribulan lagi and 17 haribulan tu la last festival tu)
aku sedih sangat sebab aku tak berkesempatan nak lihat festival tu berlangsung... yes aku memang sibuk, balik je dari S.A.M Training baru nim terus tidur sampai tak sedar kan diri...hehehe (tak ade la sampai macam tu)...

Aku sebenarnya langsung tak pernah tengok macam mana rupa aktiviti mencandat sotong tu...hehehe (malu sendiri), tapi sikit-sikit pasal mencandat sotong tu aku tahu la, untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut boleh klik link ni ok--->>> http://mancing101.blogspot.com/2013/06/mencandat-sotong.html
just clicked semua sudah tersedia...dan kepada sesiapa yang belum pernah lihat orang mencandat sotong boleh cuba tengok nim http://www.youtube.com/watch?v=RDyLMlybCEw... Aku dah tengok, best jugak...hehehe... hanya itu yang mampu aku katakan pada saat ini... harap dimaafkan segala kekurangan... (konon buat ayat sedih)






pok sedara aku buat balik... sedap...





enjoy reading...
smile always... :)

Khamis, 17 April 2014

Cerita Hari SABTU

Assalamualaikum, (kalau ye pun nak bace sampai habis, jawablah salam dulu ye...)

Alhamdulillah, hari ini aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di atas muka bumi ini dan masih berpeluang untuk menikmati keindahannya. Hari nim aku relex je kat rumah, sebab dah hampir tiap-tiap minggu aku asyik keluar dengan kawan-kawan... Al maklumla sekarang ni aku dah bergelar ex-student dan sekarang sedang memegang tittle penganggur. hehe...

Ape-ape sesekali pun bagi aku keluar dengan kawan-kawan boleh meredakan tekanan yang aku hadapi. Ye la time dengan kawan-kawan kita boleh happy-happy dan citer macam-macam hal, namun macam mana happy sekalipun kite dengan kawan-kawan jangan lupa dengan family kat umah... Selain kawan, aku juga suka kongsi masalah dan pengalaman dalam hidup aku dengan family. Sebab aku tahu dengan cara itu ia akan merapat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan kita.

So, sesekali keluarla daripada duduk kat rumah tanpa buat ape-ape aktiviti dan satu lagi aku nak ingatkan dalam sesebuah perhubungan tak kira samada hubungan kekeluargaan mahupun hubungan persahabatan kita seharusnya menanam sifat ikhlas dalam diri dan jujur dalam setiap apa yang kita lakukan agar ukhwah yang terjalin akan berkekalan. Ok :)

Ni semua gambar tahun lepas punya ya...
Hope enjoy... smile always... :)






















 just a short entry from me...hehehe (broken english)... saje nak cakap omputih, walaupun tak pandai mana tapi tak aci dengki... ;)

Ahad, 6 April 2014

Karnival Jom Masuk U.... Manfaat untuk semua

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah selesai sudah entri sebelum nim, dan kini aku mampu bernafas tanpa ade apa-apa halangan lagi kat kerongkong nim...hehehe

So, dalam entri kali nim, aku tak nak mengulas apa-apa pasal entri sebelum nim ok, kalau nak jugak tahu pasal entri sebelum nim sila tekan link nim ok http://sedinginhatiku.blogspot.com/2014/04/perjalanan.html
sebab dalam entri kali nim aku nak citer pasal karnival yang akan memberi manfaat buat semua...

Ok, dalam entri kali nim aku tak nak cakap banyak-banyak sebab aku nak bagi korang teliti betul-betul apa yang akan aku paparkan kat bawah nanti ye...  entri kali nim adalah berkaitan dengan karnival Jom Masuk U. So ape tunggu lagi jom usha jadual kat bawah ye... 




So kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pelajaran dan yang sedang mencari kerja tu (termasuk diri aku pelajar lepasan STPM nim), tolong jangan lepaskan peluang yang telah terbuka kat depan mata ni eh, ingat peluang datang hanya sekali dan peluang yang terhampar kat depan mata tu adalah peluang yang terbaik buat kita ok. Kat bawah nim adalah jadual Karnival Pendidikan MARA. Teliti betul-betul ok.

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2014
Klik gambar untuk pembesaran
Aku pun telah menghadirkan diri ke karnival nim ok, so faktanya di sini telah membuktikan bahawa aku tidak hanya menyuruh orang lain menghadirkan diri tetapi aku juga telah menghadirkan diri ke karnival yang telah di adakan di Terengganu, negeri kelahiranku ini kat Terengganu Trade Center pada 2-3/4/2014. Sememangnya karnival ini banyak memberi manfaat, untuk mengetahui apa manfaat yang terkandung di sebaliknya rajin-rajinkanla dan ringan-ringankanlah kaki anda untuk menghadirkan diri ke karnival nim ok... apa-apa pun aku sempat ambik gambar kat bawah nim, buat cuci mata.

Kalau korang nak tahu, gambar-gambar kat bawah ni, adalah buah tangan dari GIATMARA
Hebatkan...





Jadi sampai sini sahaja entri untuk kali nim, walaupun ia hanya sebuah penulisan yang sangat ringkas daripada aku tapi ia membawa sejuta manfaat buat semua...
Maaf kalau ade yang tak berpuas hati...
smile always...


Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com