cuba tekan :)

Isnin, 26 Jun 2017

Salam kosong-kosong...

Assalamualaikum...

dah lama gila kot aku tak update blog aku
So hari ni bolehlah kiranya aku nak update blog aku kan.

Sementara kita masih berada dalam bulan Syawal ni, aku rasa aku masih berkesempatan dan tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua... biar lambat kan daripada tak ada terus ucapan dari aku... macam pepatah omputih yang berbunyi "better late than never"...hahaha...

raya tahun ni bagi aku tak ada la best mana, ye la dah bapak besar macam ni nak best apa ke bendenye.
Baju Raya, segala mak nenek persiapan Raya pun aku tak buat.
Tak aci Kecam ok.




Rabu, 27 April 2016

Nak feeling jadi orang Thai sekejap

Sawadikap

Hari nim mood aku nak feeling-feeling macam orang thai, hehe (sambil bayangkan diri nim tengah pakai topi yang paling cute dan jalan-jalan mengelilingi Thai dengan menaiki tuk-tuk dan jalan-jalan kat pasar terapung dan bersiar-siar di pulau-pulau kat thai nim especially Pulau Krabi. (cewahhhh… tinggi melangit aku punya angan-angan memang tahap tak boleh blah weiii….)



Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa aku feeling berada dalam mood thai. Hah ni la aku nak bagitahu kat Terengganu sekarang nim ada pesta thai kat taman Shah Bandar. Macam-macam makanan ada ok (ni yang buat aku suka dan teruja tahap gaban…hahaha…). Ada beberapa jenis makanan yang khas didatangkan dari Thai aku beli ok, nanti aku shared gambar. Aku jugak sempat pergi sana ok, tak syok la kalau cakap saje kan tapi tak merasai pengalaman kat pesta tu kan…





Cuba tengok bekas makanan yang dia orang guna tu…  bukan dari polisterin ok, jadi ia tidak membahayakan kesihatan.


Hah gambar ‘bende’ kat bawah nim la yang buat aku nak meroyan ok. Sebab aku tak dapat nak menikmatinya. (ramai sangat orang weiii) mahu berjanggut aku nak menunggu.

Last sekali aku buat keputusan beli yang ni. Yang ni pun boleh tahan rasa dia woooowwww….


Aku tak beli banyak pun makanan sebab ramai sangat orang, tak sempat aku nak celah kat gerai-gerai tu, aku hanya mampu melihat dan berlalu pergi. Hehehe… gambar-gambar suasana time pesta tu pun aku tak ambik ni gambar yang aku ambik pun time kat rumah sebab tu aku punya aiskrim dah hampir habis dan nak cair dah dan gambar-gambar suasana kat pesta tu ihsan dari page Pesta Thai ok. Kalau nak tengok lagi gambar-gambar lain, klik je INI ok…




Nak belanja satu gambar yang tersangat kiut miut... :)



Wowww pulut manga dia memang mengancam weiiii….


Pesta ni start dari pukul 10 pagi hingga 11 malam kalau tak silap aku. Tapi aku pergi malam weiiii. Nak jalan waktu siang tak sanggup rasanya (kau faham-faham sendiri la, sekarang nim kan kita tengah menghadapi fenomena el nino) lagipun bila malam ni suasana tu meriah je kan cantik pulak tu dengan cahaya-cahaya lampu.

Oh ye, selain makanan, kat pesta ni jugak ada jual barangan lain... macam gelang (Kristal, jed, lucky stone). Pakaian, barang anyaman dan juga ada urutan refleksiologi yang didatangkan khas dari Thai ok.

So kepada semua orang Terengganu kalau korang nak pergi masih sempat lagi nim sebab pesta ni last hari nim ok… maknanya seminggu jugak la pesta ni berlangsung kat sini sebab pesta nim start 21/4-27/4/2016….

Jom pakat gi ramai…
Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com