cuba tekan :)

Selasa, 4 Jun 2013

Selamat Hari Guru...


Assalamualaikum,

Di sini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Bapa kepada sesiapa yang berkenaan dalam memegang status di atas... hehehe

So di dalam ini entry aku nak lebih tekankan kepada Hari Guru... Ok... Aku bukan tak nak citer pasal Hari Ibu tapi tu biarlah rahsia... cewaahhh, main rahsia-rahsia pulak dia ni...!!! ikut suka hati aku la... hahaha :p

Pada aku,hari guru tahun ni lebih bermakna la, sebab ni last aku sekolah dan ni jugak aku duduk sibok-sibok kan diri pergi beli hadiah-hadiah untuk cikgu, hahaha, tak pernah aku buat selama ni... tapi aku lupa la pulak nak ambil gambar tu semua...

Apa-apa pun terima kasih cikgu, jasa-jasa yang cikgu curahkan buat kami tak akan kami lupa...

Terutamanya cikgu-cikgu di :

=Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II
=Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman
=Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam...

dan yang paling penting dan bermakna buat kami warga kelas 6B3/6A3 2012/2013... Pada 16 Mei 2013 kelas kami telah telah menjadi johan 3K... Setelah sekian lama menunggu, hingga kami hampir putus asa dengan keputusan yang tidak menyebelahi kami sebelum ni... dan Alhamdulillah kami sangat bersyukur, akhirnya kami berjaya jugak, dan kami juga gembira kerana dapat mengembirakan guru kami iaitu Cg.Zauddin Kasim diatas anugerah yang diterima oleh kelas kami dan dapat buat beliau berbangga sebagai guru kelas kami.




















Gambar-gambar kat bawah ni masa,sambutan hari guru tahu 2012...



























PANTUN BUAT GURU

Budak-budak manjual jambu,
Jambu dijual laku semua,
Kasih sayang kepada guru,
Sepanjang hidup di dalam dunia.

Anak merak di Kampung Cina,
Cari makan di kepala titi,
Emas perak harta dunia,
Bijak pandai patut dicari.

Saya tidak menanam nanas,
Tanam betik di dalam padi,
Pakaian bersih tampan kemas,
Pergi sekolah setiap hari.

Pergi kebun menanam lada,
Tempat berteduh di pokok sana,
Kalau ilmu ada di dada,
Kemana pergi tentu berguna.

Anak lembu di dalam pagar,
Anak angsa di tepi telaga,
Setiap hari guru mengajar,
Hendak memandai anak bangsa.

Anak patung permainan budak,
Dibeli dari kedai emas,
Guru mengajar budak-budak,
Banyak ilmu dapat diterima.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas gangsa ada harga,
Guru kita menjadi ganti.

Berguru ke padang datar,
Dapat rusa berbelang dikaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com