cuba tekan :)

Ahad, 6 April 2014

Karnival Jom Masuk U.... Manfaat untuk semua

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah selesai sudah entri sebelum nim, dan kini aku mampu bernafas tanpa ade apa-apa halangan lagi kat kerongkong nim...hehehe

So, dalam entri kali nim, aku tak nak mengulas apa-apa pasal entri sebelum nim ok, kalau nak jugak tahu pasal entri sebelum nim sila tekan link nim ok http://sedinginhatiku.blogspot.com/2014/04/perjalanan.html
sebab dalam entri kali nim aku nak citer pasal karnival yang akan memberi manfaat buat semua...

Ok, dalam entri kali nim aku tak nak cakap banyak-banyak sebab aku nak bagi korang teliti betul-betul apa yang akan aku paparkan kat bawah nanti ye...  entri kali nim adalah berkaitan dengan karnival Jom Masuk U. So ape tunggu lagi jom usha jadual kat bawah ye... 




So kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pelajaran dan yang sedang mencari kerja tu (termasuk diri aku pelajar lepasan STPM nim), tolong jangan lepaskan peluang yang telah terbuka kat depan mata ni eh, ingat peluang datang hanya sekali dan peluang yang terhampar kat depan mata tu adalah peluang yang terbaik buat kita ok. Kat bawah nim adalah jadual Karnival Pendidikan MARA. Teliti betul-betul ok.

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2014
Klik gambar untuk pembesaran
Aku pun telah menghadirkan diri ke karnival nim ok, so faktanya di sini telah membuktikan bahawa aku tidak hanya menyuruh orang lain menghadirkan diri tetapi aku juga telah menghadirkan diri ke karnival yang telah di adakan di Terengganu, negeri kelahiranku ini kat Terengganu Trade Center pada 2-3/4/2014. Sememangnya karnival ini banyak memberi manfaat, untuk mengetahui apa manfaat yang terkandung di sebaliknya rajin-rajinkanla dan ringan-ringankanlah kaki anda untuk menghadirkan diri ke karnival nim ok... apa-apa pun aku sempat ambik gambar kat bawah nim, buat cuci mata.

Kalau korang nak tahu, gambar-gambar kat bawah ni, adalah buah tangan dari GIATMARA
Hebatkan...





Jadi sampai sini sahaja entri untuk kali nim, walaupun ia hanya sebuah penulisan yang sangat ringkas daripada aku tapi ia membawa sejuta manfaat buat semua...
Maaf kalau ade yang tak berpuas hati...
smile always...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com