cuba tekan :)

Ahad, 6 April 2014

Perjalanan

Assalamualaikum...

Semangat...semangat...semangat...
Hidup mesti sentiasa bersemangat... walaupun kepala otak aku ni dah toing-toing... tapi aku still bersemangat untuk teruskan hidup yang sentiasa mencabar dari hari ke hari...

Ok berbalik kepada topik utama yang akan aku bicarakan di sini
first aku merasa sangat gembira lepas balik dari kuantan... perasaan aku memang yihaaaaaaa.... aku bebas!!! (bersorak macam kanak-kanak ribena)... tapi selepas 4 hari aku berada di bumi Kuantan terasa aku dah jatuh sayang la pulak kat bumi Kuantan.

Ok aku tak nak citer lebih-lebih pasal journey aku kat Kuantan pasal tak ada yang best-best pun yang dapat aku citer kat sini, kalau ade pun biar aku simpan je buat kenangan di hari tua...hehehe



Hah benda ni la yang buat aku terindu-rindu ngan Kuantan ni...aiii, sedap sangat tu... ni first time aku jumpa dan merasa benda nim time nk balik tu... sory tu just kotak dia je, isi dalam dah tak ade...hehehe... :)... so kepada siape-siapa yang nak cuba tu boleh la ke Terminal Sentral Kuantan.

Tersebut pasal Terminal Sentral Kuantan, ni cheq nak habaq mai... aku selesa sungguh naik bas rapid nim dan nim jugak buat pertama kalinya aku naik bas rapid ni... sangat-sangat selesa... :)





Kepala aku dah toing-toing sebab journey dari Kuantan ke Terengganu pada 19 haribulan tu memang memenatkan, then 20 haribulan pulak aku kene selesaikan urusan di center FLP dan pada 21/03/2014
aku meneruskan pulak perjalanan ke Melaka. Tengok la sendiri jadual kehidupan aku...hehehe, padatkan???...apa-apa pun aku memang happy dengan kehidupan aku, walaupun aku sibuk, aku masih ada masa dengan family ok... So di sini aku nak bagi nasihat la sikit, walau sesibuk manapun kita, kita jangan lupakan Pencipta kita dan juga jangan lupakan family... Ingatlah apa yang kita miliki hari ini semua datang daripada Dia dan ini adalah berkat daripada sokongan family kepada kita. Bagi aku family adalah tulang belakang aku...

hehehe...panjang betul mukadimah dari aku,
ok trip aku ke Melaka kali nim bukan atas urusan biz tapi nak menghantar sepupu aku menikah, perjalanan kali nim memang meriah la sebab ayah ngah aku nim memang kelakar, ade saje yang dia nak buat lawak, memang tak kering gusi wooo...perjalanan aku kali nim langsung tak rasa mengantuk, mana tak nya maharaja lawak kan ada bersama... :) Bagi aku trip kali nim memang the best la sebab kali nim kita pergi dalam 36 orang jugak la... trip dengan family pulak tu...lebih-lebih lagi kene yang sekepala ape lagi...huhuhuhu... memang terbaik lah...

ok, aku tak nak cakap panjang-panjang, tak guna cakap panjang-panjang jari dah letih, lebih baik tengok gambar kat bawah ni, kan lebih berguna daripada baca entri aku yang tak berapa nak mantap tu...
ok bye bye...














































































































Ok, sebelum tu aku nak cakap sikit, aku saje lambat keluarkan n3 kali nim sebab aku nak gabung terus gambar nikah, persandingan dan majlis sambut menantu...
So enjoy ok... kat bawah nim pulak gambar sambut menantu di Terengganu ok...


























Alhamdulillah, akhirnya siap jugak entri aku kali nim... mak aiii, punya la lama entri nim terperam kat draf tu, akhirnya hari nim keluar jugak menunjukkan muka... adoiiii...
Opsss, sebelum terlupa, aku nak mintak maaf jika ade gambar-gambar kat atas yang sama, ye la, kemain keliru aku nak mencari gambar yang terbaik, last-last gambar pengantin tak banyak mana pun, gambar anak-anak buah aku je yang banyak dah la bercampur dengan gambar yang sama dan hampir sama... nasib-nasib... sory ya buat pengantin...
Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru aku ucapkan buat sepupu aku

Happy reading ok...
kalau ade rase tak puas hati just simpan dalam hati ok...
smile always... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com