cuba tekan :)

Isnin, 9 Mac 2015

Manfaatkan Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Yahoo!! cuti sekolah dah nak datang lebih kurang beberapa hari je lagi. Urm, macam mana, korang dah ada perancangan yang terbaik ke untuk cuti kali nim?

Aku tahu, mesti ada di antara korang yang dah berlegar-legar aktiviti yang nak dibuat time cuti nanti tapi tak kurang jugak ada yang masih belum pikir aktiviti yang nak dibuat kan.

Korang yang dah buat perancangan tu confirm dah tak sabar nak cuti kan, tapi yang tak ada perancangan tu jangan bimbang ok. Nanti aku bagi sikit tips untuk cuti nim. Korang yang dah ada perancangan tu boleh jugak perhati tips ni, mana tahu korang rasa nak tambahkan senarai aktiviti korang. Walaupun cuti tak sampai dua minggu, tapi kalau korang manfaatkan dengan sebaiknya, aku yakin korang pasti akan melalui satu pengalaman cuti yang menyeronokkan.

Tapi aku nak pesan, cuti tu cuti jugak kerja rumah jangan lupa, keselamatan dan kesihatan diri pun jangan terabai ok. Tambah-tambah dengan cuaca yang panas terik sekarang nim.

Tips cuti nim boleh dilakukan secara bersendirian, dengan keluarga dan kawan-kawan

BERSENDIRIAN

Time bersendirian ni la aku rasa merupakan time yang paling rileks, macam aku time cuti sekolah dulu, aku banyak habiskan cuti aku secara bersendirian.

Aktiviti yang biasa aku buat time aku sorang-sorang biasanya, aku akan baca novel yang aku pinjam ngan kenkawan atau pun sedara aku dan aku jugak akan tonton rancangan JOM RILEKS TV3 . Aku confirm akan tunggu ok, sampai aku malas nak keluar rumah.

Selain aktiviti yang aku jalankan kat atas, korang jugak boleh isi masa terluang dengan aktiviti-aktiviti ringkas seperti:


Hias Bilik
Aku rasa time cuti ni la time yang terbaik untuk hias dan kemaskan bilik korang yang berselerak dan bersepah ibarat kapal pecah tu. Kedudukan dan susun atur perabot dalam bilik korang jugak boleh diubahsuai untuk nampakkan bilik korang fresh dan new. Selain itu, majalah-majalah dekorasi, tv, dan laman web yang menyediakan tip menghias bilik dapat memberikan korang banyak ilham untuk hasilkan ruang bilik mengikut citarasa sendiri.


Update blog dan  laman sosial sendiri
Aku pasti, ramai yang ada laman sosial sendiri (sepupu aku yang darjah empat pun ada ok ), jadi manfaatkan cuti ni untuk korang kemaskini laman sosial korang yang dah bersawang tu. Selain tu, dengan adanya laman web sendiri, korang jugak boleh berhubung dengan rakan-rakan korang time cuti nanti. Tak adalah nanti korang terputus hubungan time cuti ni. Mana tahu, nanti leh join sekaki balik ke kampung kawan sendiri. Kan best tu, boleh rasa suasana kampung, ye dok?

BERSAMA KELUARGA

Semua sedia maklum kan, saat bersama keluarga merupakan time yang sangat indah. Time cuti ni la merupakan masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan korang. Ikatan kekeluargaan perlu dihiasi dan dijalin dengan kasih sayang, bertolak ansur dan kegembiraan untuk wujudkan suasana keluarga bahagia. Jadi bagi mewujudkan suasana sebegitu beberapa aktiviti dapat dilakukan bersama antaranya ialah:

Bercuti  
Time cuti ni mesti ramai yang tak akan lepas peluang untuk melancong dan melawat tempat-tempat bersejarah. Luangkan masa beberapa hari di lokasi percutian bersama keluarga, korang boleh pergi ke pulau-pulau yang cantik yang berada di negara kita seperti Pulau Redang kat Terengganu, Pulau Tioman. Atau korang boleh rujuk SINI . Selain itu, kalau keluarga korang sibuk, apa lagi korang boleh ajak parents pergi berkelah pada hari minggu. I'm sure this is the best way to release your tension. Aku dengar  ERA FM ada uar-uarkan program kat galeri Petronas. Atau boleh ke SINI untuk maklumat lanjut.

Makan Bersama 
Apa kata, rancangkan waktu untuk makan bersama-sama keluarga, Ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, selain itu, ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kos yang sedikit. Bagi aku, dengan makan bersama, sesebuah keluarga akan dapat mewujudkan suasana keluarga yang bahagia dan tentunya ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

BERSAMA KAWAN 

Seronokkan kalau dapat beraktiviti bersama kawan-kawan, tambah-tambah kalau kawan tu sekepala. Confirm best gila wooo. Kalau dengan kawan mesti pelbagai aktiviti boleh dibuat antaranya ialah:

Bersukan dan buat aktiviti lasak
Bersukan bersama kawan-kawan mesti lebih menyeronokkan. Selain itu, ia boleh menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga sepanjang bercuti ni. Bersukan juga merupakan satu terapi untuk menenangkan diri setelah sepanjang hari melakukan pelbagai aktiviti di rumah atau di luar rumah. So jangan lupa bersenam ok. Kalau nak lebih ekstrem boleh ajak kawan-kawan buat aktiviti ekstrem sikit, macam panjat gunung ke, motocross ke. Amacam ok tak?

Ke perpustakaan
Waktu cuti jugak boleh diisi dengan mengunjungi pustaka atau ke kedai-kedai buku bagi menambah ilmu pengetahuan disamping menambah koleksi buku-buku yang sedia ada. Selain itu, waktu cuti jugak boleh dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran yang diajar disekolah dan juga boleh ulangkaji chapter yang belum diajar di sekolah. Nanti tak adalah korang terkial-kial bila cikgu mengajar. Dengan ini, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.

Selesai sudah tips yang diberikan, semoga memberi seribu satu manfaat buat semua yang memerlukan. Tips yang diberi ini bukan sahaja membuatkan korang berdepan dengan pengalaman yang menyeronokkan malah korang juga akan memperoleh ilmu yang berguna.

Thanks for reading my entry.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com