cuba tekan :)

Isnin, 7 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya berjumpa jugak aku dengan blog kesayangan aku nim,
rasa-rasanya, dah hampir sebulan aku tak menjengah kat blog nim...
ek, chop...chop... dah hampir sebulan apanya, memang sebulan pun dan dah masuk bulan Ramadhan pun...apa-apa pun

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA...



Memandangkan dah lama aku tak meluahkan soal kehidupan aku kat sini, (bukan soal hati ok...) jadi aku ambil kesempatan ni untuk menceritakan serba sedikit pasal hidup aku.
pertama sekali aku nak ucapkan Alhamdulillah, sebab sepanjang aku tak on internet ni kerana line aku yang dah KO, aku telah dikelilingi dengan orang yang sayang kat aku walaupun banyak masalah yang melanda aku sepanjang bulan 5 tapi alhamdulillah masih ada orang yang support dan sentiasa memberi aku semangat agar aku tabah dan sabar dengan apa yang aku hadapi time tu...



Second, time bulan 6 kehidupan aku berada pada tahap sederhana boleh dikira separuh ok separuh lagi bolehla...hehehe... apa- apa pun kena redha... Aku sentiasa anggap masalah yang menimpa aku adalah ujian dari yang Maha Esa dan mungkin juga kifarah atas dosa-dosa yang telah aku buat, ye la sebagai manusia kita tak akan pernah lari dari membuat salah... apa-apa pun ujian ini akan membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah S.W.T.




OK, dah habis soal hidup aku sepanjang bulan 5 dan 6 dan memandangkan sekarang nim bulan ramadhan, aku nak la kongsikan serba sedikit amalan yang korang boleh lakukan time bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini... Sebenarnya, bila masuk bulan Ramadhan banyak amalan dan doa yang seharusnya kita buat, antaranya ialah:

1- Jangan luput dari tiap-tiap malam mengerjakan solat tarawih dan bertahajud.
2- Memperbanyakkan sedekah, memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa.
3- Berjemaah di setiap solat fardhu, iktikaf di masjid dan membaca al Quran.
4- Memperbanyakkan bacaan sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w sewaktu hendak berbuka atau bila-bila sahaja.

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku mohon ampun kepada Allah kami mohon kepadamu akan syurga dan kami mohon perlindungan-Mu dari neraka."

5- Memperbanyakkan doa sebagaimana yang disuruh oleh Nabi s.a.w. kepada Aisyah

" Ya Allah sesungguhnya Engkau Pemaaf, suka memberi maaf, maka berikanlah kemaafan keatasku."

6- Sewaktu berbuka ucapkanlah:

" Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan atas rezekiMu aku berbuka."

7- Adalah amat digalakkan untuk kita berdoa ketika menyambut kedatangan Ramadhan:

" Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabatnya yang mulia, kami mohon kepadamu Ya Allah pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkan kami berpuasa di bulan Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, Ya Allah lanjutkan usia kami dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikuti segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w. dengan rahmat-Mu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam.

p/s: rujukan mengenai amalan di atas aku dapat dari buku di bawah ni ya:



buku ini sangat bagus sebagai rujukan jadi cepat-cepat dapatkannya sekarang.



klik gambar untuk info mengenai ganjaran berpuasa di bulan Ramadhan.



ok sampai sini dulu entri pada kali nim, Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali membawa seribu keberkatan dan kerahmatan buat kita...

Smile Always... :)
Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com