cuba tekan :)

Sabtu, 21 Mac 2015

Tips Penjagaan Kucing

Assalamualaikum,

Sekarang nim aku tengok ramai orang jadikan membela haiwan sebagai satu trend (bukan sekarang tapi dah bertahun-bertahun dahulu). Tak kira samada membela haiwan eksotik atau haiwan jinak.

Tapi hari nim aku nak tekankan tentang penjagaan kucing sesuai dengan tajuk kat atas tu. Tambah-tambah ramai yang minat dengan kucing terutama sekali kaum gegirl dan tak kurang jugak kaum boboy. Yela kucing ni kan manja dan comel je.(macam kucing kat rumah tok aku yang suka gesel-geselkan badan dia kat kaki aku). Lagipun ramai kawan-kawan aku yang minat membela kucing ni (Cyra, Ain, Aini...).

Aku nak kasi tips pasal kucing ni sebab kelmarin aku teman kawan aku cari barang-barang keperluan untuk kucing dia. So, aku nak bagi tips yang merangkumi dari segi makanan, ubatan, pasir dan mandian untuk si comel ni. Jadi apa tunggu lagi, Jom kita buat check list. Aku sure check list ni penting bagi mereka penggemar kucing, samada mereka yang baru berjinak atau telah lama berjinak dengan hobi nim. Jom intai di bawah:

Makanan
Makanan Kering
# Diberi 2 kali 1hari.
# Kucing Parsian lebih sesuai makan makanan kering yang berbentuk kecil.
# Kucing baka Maine Coon sesuai dengan makanan kering yang berbentuk besar.
# Makanan yang bagus untuk kucing ialah campuran ayam, telur, sayuran dan ikan.
# Makanan yang kurang berkhasiat untuk diet kucing (campuran jagung dan gandum).

Makanan Basah
# Diberi 1 kali 1 hari.
# Perisa tuna, sardin, ayam, udang,...
# Mudah diserap.
# Perlu disimpan dalam peti sejuk sebab cepat rosak.

Info penting:
1- Makanan kucing dewasa dan anak kucing adalah berbeza.
2- Makanan kucing dewasa dicampurkan dengan bijirin dan beras, daging, ikan dan ayam.
3- Makanan anak kucing lebih kepada protein.

Vaksin, ubatan dan suplemen
Vaksin
= 3 kali 1 tahun (3, 8 dan 12 bulan) untuk 1 tahun ke bawah.

Ubatan
= Ubat untuk telinga dan mata.
= Ubat kutu (3 bulan sekali).
= Ubat cacing (3 bulan sekali).

Suplemen
= Untuk bulu, mata dan menaikkan berat badan.
= Terdiri dalam bentuk tablet, serbuk dan cecair.

Pasir
# Sebagai tempat untuk bermain.
# Untuk memastikan tiada bau yang kurang menyenangkan.

Kristal
# Boleh dipakai berulang kali.
# Tahan lama dan menyerap bau.
# Mampu bertahan 2-4 minggu penggunaannya.
# Mesra alam (tidak berdebu, tidak berbau dan mudah diguna).
# Mampu menyerap cairan sehingga 40 kali beratnya.

Pine Wood
# Bebas bahan kimia.
# Hilangkan bau secara semulajadi.
# Tidak berhabuk
# Tahan selama 1 minggu.

Tanah Liat
# Terdiri dari 2 jenis elemen:
1- Tidak berbau.
2- Berbau (epal, lemon dan ros)
# Perlu ditukar 1 atau 2 hari penggunaan.
# Akan menjadi gumpalan apabila terkena cecair.

Zeolit
# Membantu menyerap bau yang tidak menyenangkan.
# Kurang efektif untuk serap lembapan.
# Perlu diguna dalam kuantiti yang besar untuk elak cecair bertakung.

Mandian
Syampu Pemutihan Bulu
= Khas untuk kucing berbulu putih, untuk nampak lebih bersih.

Syampu 2 in 1 (syampu + perapi )
= Untuk lembutkan dan gebukan bulu kucing.
= Untuk kucing yang tiada masalah.

Syampu Rawatan Khas
= Untuk cegah kutu, tungau dan sengkenit.

Syampu Rawatan Fungus
= Digunakan apabila ada masalah fungus.

Harap tips kat atas dapat membantu.
Thanks for reading my entry.

Khamis, 12 Mac 2015

Sakura Kedah

Assalamualaikum,

Pagi tadi, tengok SELAMAT PAGI MALAYSIA kat TV1.  Dia orang ada review pasal Keindahan 'Musim Bunga' di Alor Setar, Kedah dalam akhbar Berita Harian . Jadi aku pergilah dapatkan akhbar kat kedai berdekatan untuk dapatkan lebih info mengenai review tu. Tapi aku pergi agak lewat, nasib baik akhbar tu masih ada kat kedai, kalau tak menangis kering aku weihh.

Aku sure, mesti happy giler keadaan kat sana, macam tahun lepas keadaan kat negeri aku pun macam tu, aku senyum memanjang time lalu kat bawah pokok tu. Nak feeling Korea sikit sambil bayangkan orang korea yang comel tu.

Kat Negeri aku
Apa-apapun, keindahan nim boleh tarik tumpuan pelancong. So, sekarang nim tak payah la susah-susah nak ke Korea lagi. Kat Malaysia pun ada ok. Tambah-tambah dah nak cuti sekolah nim. Kalau melancong kat dalam negeri tu mesti boleh save budget kan, macam tips lepas yang aku bagi pasal cuti sekolah, tekan kat SINI. Aku rasa nak tunggu cuti sekolah sempat kot sebab keindahan pohon tekoma ni boleh bertahan dua hingga tiga minggu je.

Luar negara punya ye.
Bunga ni berbentuk macam loceng, kaler pink (bebuia rose) dan putih (pentaphylla).
Mesti comel gile. Pokok Tekoma ni ambil masa empat hingga lima tahun untuk berbunga.
Kali ni dah merupakan tahun kedua pohon ni melahirkan keindahan kat sekitarnya.

Malaysia Punya.
Gambar kat atas aku dapat dari rakan fb, tahun lepas punya.

thanks for reading my entry.

Isnin, 9 Mac 2015

Manfaatkan Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Yahoo!! cuti sekolah dah nak datang lebih kurang beberapa hari je lagi. Urm, macam mana, korang dah ada perancangan yang terbaik ke untuk cuti kali nim?

Aku tahu, mesti ada di antara korang yang dah berlegar-legar aktiviti yang nak dibuat time cuti nanti tapi tak kurang jugak ada yang masih belum pikir aktiviti yang nak dibuat kan.

Korang yang dah buat perancangan tu confirm dah tak sabar nak cuti kan, tapi yang tak ada perancangan tu jangan bimbang ok. Nanti aku bagi sikit tips untuk cuti nim. Korang yang dah ada perancangan tu boleh jugak perhati tips ni, mana tahu korang rasa nak tambahkan senarai aktiviti korang. Walaupun cuti tak sampai dua minggu, tapi kalau korang manfaatkan dengan sebaiknya, aku yakin korang pasti akan melalui satu pengalaman cuti yang menyeronokkan.

Tapi aku nak pesan, cuti tu cuti jugak kerja rumah jangan lupa, keselamatan dan kesihatan diri pun jangan terabai ok. Tambah-tambah dengan cuaca yang panas terik sekarang nim.

Tips cuti nim boleh dilakukan secara bersendirian, dengan keluarga dan kawan-kawan

BERSENDIRIAN

Time bersendirian ni la aku rasa merupakan time yang paling rileks, macam aku time cuti sekolah dulu, aku banyak habiskan cuti aku secara bersendirian.

Aktiviti yang biasa aku buat time aku sorang-sorang biasanya, aku akan baca novel yang aku pinjam ngan kenkawan atau pun sedara aku dan aku jugak akan tonton rancangan JOM RILEKS TV3 . Aku confirm akan tunggu ok, sampai aku malas nak keluar rumah.

Selain aktiviti yang aku jalankan kat atas, korang jugak boleh isi masa terluang dengan aktiviti-aktiviti ringkas seperti:


Hias Bilik
Aku rasa time cuti ni la time yang terbaik untuk hias dan kemaskan bilik korang yang berselerak dan bersepah ibarat kapal pecah tu. Kedudukan dan susun atur perabot dalam bilik korang jugak boleh diubahsuai untuk nampakkan bilik korang fresh dan new. Selain itu, majalah-majalah dekorasi, tv, dan laman web yang menyediakan tip menghias bilik dapat memberikan korang banyak ilham untuk hasilkan ruang bilik mengikut citarasa sendiri.


Update blog dan  laman sosial sendiri
Aku pasti, ramai yang ada laman sosial sendiri (sepupu aku yang darjah empat pun ada ok ), jadi manfaatkan cuti ni untuk korang kemaskini laman sosial korang yang dah bersawang tu. Selain tu, dengan adanya laman web sendiri, korang jugak boleh berhubung dengan rakan-rakan korang time cuti nanti. Tak adalah nanti korang terputus hubungan time cuti ni. Mana tahu, nanti leh join sekaki balik ke kampung kawan sendiri. Kan best tu, boleh rasa suasana kampung, ye dok?

BERSAMA KELUARGA

Semua sedia maklum kan, saat bersama keluarga merupakan time yang sangat indah. Time cuti ni la merupakan masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan korang. Ikatan kekeluargaan perlu dihiasi dan dijalin dengan kasih sayang, bertolak ansur dan kegembiraan untuk wujudkan suasana keluarga bahagia. Jadi bagi mewujudkan suasana sebegitu beberapa aktiviti dapat dilakukan bersama antaranya ialah:

Bercuti  
Time cuti ni mesti ramai yang tak akan lepas peluang untuk melancong dan melawat tempat-tempat bersejarah. Luangkan masa beberapa hari di lokasi percutian bersama keluarga, korang boleh pergi ke pulau-pulau yang cantik yang berada di negara kita seperti Pulau Redang kat Terengganu, Pulau Tioman. Atau korang boleh rujuk SINI . Selain itu, kalau keluarga korang sibuk, apa lagi korang boleh ajak parents pergi berkelah pada hari minggu. I'm sure this is the best way to release your tension. Aku dengar  ERA FM ada uar-uarkan program kat galeri Petronas. Atau boleh ke SINI untuk maklumat lanjut.

Makan Bersama 
Apa kata, rancangkan waktu untuk makan bersama-sama keluarga, Ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, selain itu, ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kos yang sedikit. Bagi aku, dengan makan bersama, sesebuah keluarga akan dapat mewujudkan suasana keluarga yang bahagia dan tentunya ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

BERSAMA KAWAN 

Seronokkan kalau dapat beraktiviti bersama kawan-kawan, tambah-tambah kalau kawan tu sekepala. Confirm best gila wooo. Kalau dengan kawan mesti pelbagai aktiviti boleh dibuat antaranya ialah:

Bersukan dan buat aktiviti lasak
Bersukan bersama kawan-kawan mesti lebih menyeronokkan. Selain itu, ia boleh menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga sepanjang bercuti ni. Bersukan juga merupakan satu terapi untuk menenangkan diri setelah sepanjang hari melakukan pelbagai aktiviti di rumah atau di luar rumah. So jangan lupa bersenam ok. Kalau nak lebih ekstrem boleh ajak kawan-kawan buat aktiviti ekstrem sikit, macam panjat gunung ke, motocross ke. Amacam ok tak?

Ke perpustakaan
Waktu cuti jugak boleh diisi dengan mengunjungi pustaka atau ke kedai-kedai buku bagi menambah ilmu pengetahuan disamping menambah koleksi buku-buku yang sedia ada. Selain itu, waktu cuti jugak boleh dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran yang diajar disekolah dan juga boleh ulangkaji chapter yang belum diajar di sekolah. Nanti tak adalah korang terkial-kial bila cikgu mengajar. Dengan ini, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang.

Selesai sudah tips yang diberikan, semoga memberi seribu satu manfaat buat semua yang memerlukan. Tips yang diberi ini bukan sahaja membuatkan korang berdepan dengan pengalaman yang menyeronokkan malah korang juga akan memperoleh ilmu yang berguna.

Thanks for reading my entry.


Sabtu, 7 Mac 2015

Forever Fit Charity Run 2015

Assalamualaikum,

Semalam duk aku belek-belek magazine forever yang dia orang hantar kat aku bulan lepas, tengah duk belek-belek tu, tup-tup dah sampai halaman terakhir. Tapi aku tak tutup lagi majalah tu, majalah still di tangan dengan mata yang masih setia mengadap muka surat tu. Ada program la, program yang sangat menarik perhatian aku. Larian amal la weiii. Menarik tu.

Sebab aku tertarik dengan program tu: first, sudah semestinya aku nak jadikan sebagai bahan citer untuk aku tulis sebagai entri terbaru dalam blog nim and second aku macam tertarik dan rasa terpanggil untuk menyertai program ni.

Lagipun ni merupakan satu program amal untuk bantu mangsa- mangsa banjir kat Pantai Timur. Apa tunggu lagi, ni la masa untuk kita tunjukkan keprihatinan kita. Lagi satu, selain dapat membantu mangsa-mangsa banjir kita juga dapat tingkatkan tahap kesihatan kita, betul dok ? "badan sihat, otak pun cerdas". Pahala pun dapat, in sha Allah.

So, kepada sesape yang berminat nak join tu boleh dapatkan maklumat lanjut kat sini:

For further inquiries, contact:
09-7644793, 019-9509918, foreverlivingmsia@gmail.com

Visit website for more details.
CUBA TEKAN SINI KEJAP
BORANG PENYERTAAN


 








Psssttt: tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat.
Pssttt: kalau ade sesape yang join tu nak shared pengalaman dan suasana time tu kat aku, anda dialu-alukan ok.

Selain daripada melakukan larian amal, FLP jugak turut memanggil pengedar-pengedar FLP serta yang bermurah hati untuk membantu menghulurkan bantuan  kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur samada dalam bentuk tunai atau barangan. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh diserahkan terus kepada cawangan kami di seluruh negeri, Anda boleh dapatkan alamatnya di SINI.

Atau anda juga boleh terus menderma ke akaun:
Nama: Forever Living Products (M) Sdn Bhd
Bank: Public Bank Berhad
Nombor Akaun: 3-065 6133-00

Semua hasil kutipan akan disalurkan kepada Usaha Bantuan Banjir Malaysia yang dikelolakan oleh Pertubuhan Mercy Malaysia.

Thanks for reading.

Ahad, 1 Mac 2015

Flat Shoes by Caspia

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,dapat jugak aku nak buat entri untuk tahun baru ni, walaupun hari ni dah masuk bulan ketiga bagi tahun baru ni, kepala otak aku rasa tepu tahap dewa je. Mood nak menulis rasa macam dah dibawa angin lalu, tapi itu tak akan mematahkan semangat aku untuk terus menzahirkan diari kehidupan aku di sini. Samada orang suka atau tidak aku tetap nak jadikan blog ini sebagai diari kehidupan aku.Yes betul, tak semua suka apa yang ada pada diri kita dan tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. So, pesanan aku untuk entri kali ni adalah jadi diri sendiri ok.

Banyak betul bebelan aku kat atas tu, ye dok? opps!!! itu bukan sekadar bebelan ok, tu intro dari aku, sebenarnya intro aku tu rasanya tak berkait langsung dengan apa yang akan aku karangkan nanti. Tak apa walau tak berkait pun just jadikan panduan dalam hidup.

Aku sebenarnya nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, sorry lambat ok, ucapan ni aku tujukan buat kawan-kawan aku dan seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa cina.

Tapi entri kali ni, aku lebih tekankan kepada Caspia, yes Caspia, atau lebih tepat lagi, Flat shoes dari Caspia. Cuma entri aku ni tak adalah nak citer pasal asal usul Caspia ke apa ke. Aku just nak shared bahawa kelmarin mak aku hadiahkan kasut jenama ni, since sandals aku dah tak ada rupa sandals lagi. Terima kasih mak.



Aku ni bukanlah jenis orang yang suka  pakai kasut or yang seangkatan dengannya, tapi bila dapat je satu Caspia dari my mom terus aku jatuh cinta dengan kasut siot. Kalau sebelum ni, aku pandang kasut macam aku pandang musuh je (geram tahap petala langit ke tujuh sampai membuak-buak asap keluar dari telinga aku).



Ya Allah,dia punya ringan dan lembut tu tak payah cakap la, time pakai tu macam tak ada apa-apa kat kaki, cheq habaq hang. Rasa happy bak kanak-kanak ribena tu memang tak leh sorokla kan. Lagipun time aku pakai Caspia ni langsung tak sakit kaki aku, selalu aku pakai kasut kalau tak merah kat kaki tu tak sah, except aku pakai kasut sekolah dan yang seangkatanla kan, sebab tu kalau aku keluar sendirian, dengan families or with friends aku sentiasa jadikan sandals sebagai pilihan utama aku. Aku suka something yang simple, yang buat aku selesa dan buat aku tak menyeksa diri time aku pakai ok, so tak payah gelak ok, kalau nampak aku pakai kasut yang dah lusuh, sedikit koyak or the rest yang contemporary ,sebab aku suka, nampak klasik sangat.

So, kepada sesapa yang berminat  dan rasa-rasa nak try, adik, kakak, abang, pakcik, makcik, aku syorkan korang kena try, confirm dah try tak nak cari lain ok.

Kasut yang macam aku ni ada tiga colour: hitam, jingga lembut dan pink lembut, and mak aku pilihkan kaler hitam untuk aku, katanya kaler hitam boleh padankan dengan semua kaler, senang. Lagipun aku memang minat kaler hitam tahap tak boleh blah ok. Nampak tak, mak aku memang memahami citarasa aku.

Korang kena try tau, harga pun berpatutan. Kalau nak dapatkan harga detail cepat-cepat pergi survey ok, kita kasi borong sampai lenguh tangan nak mengangkatnya ok. Selain lembut dan ringan, reka bentuk dia juga menarik ok. Mak aku beli kasut ni kat Arena Sport. So, apa tunggu lagi. Jom bawa ahli keluarga dan sahabat anda ke sana.

A'ah, satu lagi,aku memang jadikan Arena Sport & Equipment Sdn. Bhd. sebagai kedai pilihan utama aku untuk mencari sandals, sebab aku memang berpuas hati sangat dengan kualiti dalam setiap items yang ada di situ.Kalau tak percaya boleh pergi sendiri, dan buktikan pada diri korang bahawa aku memang betul.

Sedikit tips untuk hari ini, korang kalau malas macam aku or terkejar-kejar ke, time korang nak cari something, korang grab je things yang kaler hitam, nanti senang nak matching dengan others colours. Kalau tak pun korang pilih je kaler yang korang rase sesuai dengan korang.

Thanks for reading my entry.
Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com