cuba tekan :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Dugaan...

Assalamualaikum...


Aku tak tahu nak cakap macam mana,aku dah tak boleh fokus pada study...
Dalam kelas pulak,aku selalu je kena jawab soalan...
Urmmm,malangnya,aku tak boleh jawab...sedih... :'(
(harap korang tidak salah paham,aku tidak boleh jawab soalan bukan sebab aku tak study,tapi sebab aku stress sampai tahap tak boleh pikir lagi...jawapan kepada soalan yang disoal...)

Maaf,aku buat N3 ni bukan sebab nak malukan diri sendiri,tapi aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa...

So,aku luahkan aje melalui penulisan aku(harap korang tak kisah)
Aku sangat tertekan dengan exam yang akan datang...
Tiada apa yang boleh aku ucapkan saat ni...
hanya satu harapan aku,aku nak meraih kejayaan...
Aku tak nak diri aku dihina...

Perangai budak kelas aku pulak memang menyakitkan hati...ada je nak gelakkan aku...

Tapi satu je aku nak beritahu,seandainya hari ini aku gagal itu tidak bermakna aku akan gagal untuk selamanya...
Aku tahu masih ada ruang untuk aku mencipta kejayaan...

Apa-apa pun terima kasih atas perbuatan korang pada aku...aku tak nak simpan dalam hati...aku just nak diam dan tengok je apa yang akan jadi...
InsyaALLAH,dengan izin ALLAH,aku akan cuba bersabar dan seandainya,aku tidak kuat hanya padaMu tempat aku memohon agar dikuatkan hati ini,untuk menerima dugaan ini dengan tenang dan berhati terbuka...

Alhamdulillah.selepas luah sikit-sikit kat sini,aku dah rasa ok sikit... :)

Straight to the point la,aku nak cakap.
korang(budak-budak kelas aku) tak usah nak ambik kisah sangat la hal aku kalau nak tanya aku kenapa dan mengapa aku jadi macam ni...jujur aku cakap,TAK PAYAH...

Maaf kalau N3 aku kali ni memang agak tidak menyenangkan hati korang...
tapi,aku memang sedih dan kecewa dengan perangai diaorang...

Dan seandainya,aku ada buat silap
kat korang(budak-budak kelas aku)
aku mintak maaf banyak-banyak...
mungkin lepas ni...persahabatan kita dah tak macam dulu...
seandainya itu terjadi,aku mintak maaf...dan aku tak kisah kalau lepas ni korang nak kata aku sombong...ya memang,aku jadi macam ni sebab korang yang ajar aku...
Perangai korang pada aku,sudah cukup untuk membuktikan...

Images by Google
Dah,aku tak nak cakap apa-apa lagi soal ni...
sekarang aku nak muhasabah diri...

Aku tahu,apa yang terjadi
pasti ada hikmah disebaliknya...

http://www.youtube.com/watch?v=ObpCFfOctxU&feature=fvst

Ahad, 28 Oktober 2012

5 BUDI tetap di hati...(PART 1)

ASSALAMUALAIKUM!!!

Hari ni,aku nak citer serba sikit pasal kelas aku(5 Budi)
eh,mesti korang pelik kan aku nak citer pasal kelas 5 Budi...mesti ada yang tertanya-tanya,aku ni form 5 ke form 6...???
Aku ni form 6 la...
aku saje,nak citer serba sikit,sebab aku tengah bosan yang teramat bosan sampai tak tahu nak cakap macam mana lagi...
So,aku citer je la apa yang terlintas dalam fikiran aku masa ni...
harap korang sudi baca... :)

Dulu masa form 1-5 aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman(SMKSB)

Kalau korang nak tahu,kat sekolah ni la,banyak kenangan pahit dan manis telah terukir...aku rindu sekolah aku sangat-sangat :'(

Tapi,dalam masa 5 tahun aku kat sekolah tu,masa aku form 5 la,aku rasa paling bes sangat-sangat...(korang mesti nak tahu kenapa aku kata masa form 5 paling bes kan...???)
Sebab,kita orang sekelas hidup bagai 1 keluarga...walaupun kadang-kadang ada jugak salah paham,tapi kita orang stay "sayang" satu sama lain...

Masa form 5 budak lelaki kelas kita orang ada 20 orang,budak pompuan pulak 15 orang...

Aku agak korang mesti nak tahu nama budak-budak kelas aku kan...

Tadaaaaa,ni aku dah list kan untuk korang...
Ainaa 
Mariyah 
Hanisah 
Fatehah 
Asrina 
Fakhriah 
Aziela 
Nurliza 
Fatin 
Ain 
Ashikin 
Hasmida 
Izzati 
Sira 
 Min 

Danial 
Arif 
Izwan 
Amir 
Raja 
Adli  
Azray 
Zaki 
Zulfikar 
Nik 
Nazrul 
Ayub 
Rizam 
Ben 
Hanif  
Yushairi 
Amin 
Jalal 
Aiman 
Habi 

Ok la,aku dah malas nak taip panjang-panjang,sure korang pun malas nak baca lebih-lebih kan...???


Apa-apa pun korang layan la gambar ni...

Ini gambar aku dapat daripada kawan aku MIN dan rakan-rakan sekelas 5 Budi...
So,terima kasih ye min and also the rest... :)


Aku punya

Min punya

Min punya

Min punya

Min punya

Min punya

Min punya

Min punya





Min punya

Zaki punya

Min punya

Min punya

Min punya

Min punya

Aiman punya

Amin punya

Ben punya
Okey,sampai sini dulu
InsyaALLAH,nanti PART 2 akan menyusul... :)

Kawan-kawan,aku harap korang tak akan lupakan aku...
ni N3 aku coretkan sebagai tanda ingatan aku kepada korang dan aku juga berharap korang tak akan lupakan kenangan kita bersama... :)

Thalasemia...

17/10/2012=Rabu

Dah lama rasanya tak update blog...
sorry ok,aku bukan malas tapi aku BUSY

So,sebelum aku dimarah oleh korang baik aku citer dulu pasal THALASEMIA 

Hah,thalasemia...???
ye la,thalasemia...kenapa...???(korang terkejut???)

Relex dulu la,aku citer last-last ar,pasal thalasemia ni...


Alhamdulillah...
hari ini aku dah pindah kembali kat blok tingkatan 6
tapi ada satu perkara,yang membuatkan semua budak form 6 terkejut termasuk la aku...(mesti korang nak tahu apa halnya kan...???)

hahaha...

owww,no!!!
kita orang kena jalani ujian thalasemia(ambil darah)
so,aku salah seorang yang telah menjalani ujian ini(korang jangan fikir aku takut ok...aku relex je)=ketawa bangga...

Korang tahu,kesian kat kawan aku,Mariah(dia takut)
mungkin gugup sikit kot,al maklum la budak pompuan
(ayu gitu)

Mesti korang nak kenal Mariah kan...???

So,korang enjoy...


Yang buat tanda peace tu la MARIAH,yang sebelah dia tu AIDA

1

2

3

4

5

Ni la brochure yang aku pinjam ngan kawan aku Suhada

t

Ok,sebelum tu aku nak bagitahu la sikit-sikit pasal Talasemia ni.

==> Pesakit Talasemia merupakan individu yang mengalami kekurangan sel darah merah yang teruk.
==> Penyakit ini diwarisi daripada ibu bapa yang merupakan pembawa gen Talasemia.

Ciri-ciri penghidap Talasemia:
==? Berada dalam keadaan pucat yang sangat ketara.
==? Sentiasa lemah dan resah.
==? Anemia yang serius boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Tanda dan gejala Talasemia:
==) Tumbesaran terbantut.
==) Pucat(Anemia).
==) Perut membesar disebabkan pembengkakan hati.
==) Perubahan pembentukan pada tulang muka,pipi dan rahang yang tidak normal.

Ujian Talasemia harus dijalani jika:
==} Mempunyai ahli keluarga yang disahkan menghidap Talasemia atau pembawa Talasemia.
==} Seorang remaja atau belia.

Ok,sampai sini dulu la,N3 aku,dan aku harap korang boleh la dapat sikit-sikit info daripada blog aku ni...

Terima kasih kerana sudi membaca blog aku... :)
        

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha

ASSALAMUALAIKUM!!!

‎[Takbir]

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.


Esok,seluruh umat islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Haji(Aidiladha),ia merupakan perayaan terbesar bagi umat islam

Hari Raya Aidiladha disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun.Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha dan khutbah pada pagi 10 Zulhijjah.Seterusnya,ibadah korban boleh dilakukan samada pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah

Aidiladha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari bagi umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran Nabi Ismail dalam menunaikan perintah ALLAH S.W.T.

Niat Solat Sunat Aidiladha:

            اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى  
   Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.





Di sini aku sertakan lagu:PANGGILAN KAABAH
Nyanyian:EL-SURAYA

=Panggilan haji telah tiba lagi
 Menunaikan ibadah panggilan baitullah
 Tanah suci Makkah ya makkatul mukarramah
 Malam subuh senja pergi ke kaabatullah
 Sembahyang berjamaah tawaf saei dan umrah

 Terdengar suara labbaikallah hummalabbaik 
Laibbaika la syarikala kalabbaik
 Innal hamda wan ni'mata
 Laka walmulk la syarika lak

 Tiba masanya kini
 Wuquflah di Arafah
 Terdengar sayup sampai 
Tahmid tazkir dan tasbih
 Putih bersih berseri
 Abdi pada Ilahi
 Terbayanglah di sini
 Tempat berhimpun nanti

 Dari padang Arafah lalu ke Muzdalifah
 Bermalam di mina melontar tiga jumrah
 Syarat rukun haji sempurnalah sudah
 Mogalah ibadah haji mabrurah
 Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul 
Taman Raudhah tempat himpun doa 
Padamu minta wahai junjungan 
Selawat dan salam mohon syafaat
 Ya sofwatAllah

 Panggilan haji telah tiba lagi
 Menunaikan ibadah panggilan baitullah
 Tanah Suci Makkah
 Ya makkatul mukarramah





Khamis, 25 Oktober 2012

Love Chain...


Lagu favourite aku...
Aku nak sangat cari lirik dia tapi tak jumpa...(so,kalau korang tahu/ada lirik lagu ni pandai-pandai la kongsi ye...)
Lagu ni aku dengar dalam citer LOVE CHAIN
Lakonan Oil Thana dan Aum Patcharapa

Image by Google

Image by Google


So sweet la,citer ni kan...i likeeeee

Kalau tak silap aku,time aku tengok citer ni,umur aku 12 tahun(darjah 6)...hehehe...kecik lagi kan...
Ok...sejak aku tonton citer tu la,aku jadi suka tengok citer dan dengar lagu Thailand...

Selain citer ni,aku pun suka jugak tengok citer Impian Illyana Lakonan Lydia Ibtisam dan Ashraf Muslim 


Image by Google

Image by Google

A'ah satu lagi aku suka tengok citer La mujer in el espejo...Lakonan Juan Alfonso Baptista dan Poala Rey...


Image by Google

Image by Google
So,korang enjoy la dengar lagu tu...



Rabu, 17 Oktober 2012

Rindu...

16 OKTOBER 2012=SELASA

Owch,aku rindu sangat-sangat kat kelas aku(blok tingkatan 6 SMKPA)
Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku rindu kat kelas aku kan...???
mesti dalam kepala korang pikir,aku ni tak pergi sekolah ke???,kalau tak pun,korang mesti pikir aku sakit kan sampai tak boleh datang sekolah...Ohhhh no!!!kalau korang pikir macam tu korang silap,harap maaf ya!!! 

                 Sebenarnya,aku datang sekolah,cuma budak upper and lower six kena pindah ke kelas budak form 1 la...
wowww...kelas budak form one...uiiikkk,aku rasa macam budak form one la pulak...(cehhhh,berlagak sebagai budak form one konon,uiii padahal budak form 6 la yang paling tua kat sekolah tu...so kau jangan nak perasan la hasmida oiiii)

                 Before that,aku pasti korang mesti tertanya-tanya kenapa pelajar form six kena pindah kelas kan...???
A'ah,ni la yang aku nak citer ni...kita orang kena pindah kelas sebab kelas kita orang akan digunakan oleh pelajar-pelajar form 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR...

                  By the way,I hope they will succeed and got excellent result in their exam...

Eleh...aku pun apa kurangnya,exam STPM (penggal 1) akan memanggil pada 5-9/11/2012...aku harap aku dan kawan aku akan berjaya dan mendapat result yang gempak for this sem...

Anyway,thanks to adik-adik form 1 sebab bagi akak-akak dan abang-abang form six sewa kelas korang...hehehe(padahal dalam hati,"ala budak form 1 ni bagi sewa kelas diorang kat kita ni sebab terpaksa je"...)

Korang mesti dah puas baca N3 aku kan,jadi sebelom korang pergi aku nak hidangkan korang dengan beberapa keping gambar yang tidak seberapa dari aku...

ENJOY

Misi dan Visi SMK Panji Alam

Nota Pengajian Perniagaan Bab 3-Pemasaran yang telah aku siapkan

Program Saya Anak Terengganu
"Kem Keluarga Pintar"

Ni sebenarnya sijil aku dan kumpulan aku,Hasmida(ketua kumpulan-aku sendiri),Nadiah,Afidah,Azhan dan Azlina...dalam program Saya Anak Terengganu(Kem Keluarga Pintar)


http://www.youtube.com/watch?v=7IrLuCpS044
(korang boleh dengar lagu SMKPA di sini)

Ni lirik lagu SMKPA
=Satu motto kejayaan
Belajar untuk berbakti 
Penuh semangat keyakinan
Bela ibu pertiwi
 Usaha dalam pelajaran
 Giat dalam kesukanan
Tempah semua kemenangan
 Teguh dalam perpaduan 
Belajar untuk berbakti
 Berilmu untuk berjasa
 Tujuan utama menuntut ilmu
 Hingga kita berjaya
Satu motto kejayaan
 Belajar untuk berbakti
 Penuh semangat keyakinan 
Bela ibu pertiwi

Isnin, 15 Oktober 2012

Mentos...

Assalamualaikum!!!
Hello!!!
Hai!!!

Hei,you all,apa khabar...adakah anda sihat...???
Owwwhhh,ye berkenaan dengan tajuk di atas,MENTOS
aku nak bagitahu ni,pagi tadi budak-budak PRUSPA=Pra-U Sekolah Panji Alam...yang baik hati  telah memberikan 8 biji gula-gula mentos kepada seluruh budak 6 Bawah,termasuk la aku...

Ni yang aku suka ni,aku dengan berbesar hatinya menerima pemberiaan dia orang(macam pelik je bunyi ayat aku)...well siapa yang tak suka barang free kan...(ketawa jahat)
siapa yang kata tak suka mesti korang tipu kan...hehehe...

Dah,dah aku malas nak mengarut lebih-lebih...apa-apa pun aku nak bagi jugak hadiah kat korang yang sudi baca aku punya cerita yang mengarut ni...

Suka letewwww...!!!

lalalalalala
weiii,saspen la...agak-agak korang hadiah apa aku nak bagi ya...

1





2




3
















Tadaa....ni la hadiah untuk korang yang sudi baca aku punya beloggggg...!!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

Suka-Suki...


Hai...
jangan marah gambar ni saja aku letak sebagai hiasan
mesti korang pikir,macam pernah tengok budak ni
 kan(betul tak)

Kalau korang masih ada tanda tanya seperti di atas,mari sini aku nak bagitahu(kesian jugak korang tertanya-tanya)

Ni la budak yang dalam N3 aku yang sebelum ni...

Entry mana,korang tanya aku...???
ala,N3 pasal hari raya tu la...

a'ah,senang citer korang tengok aje la kat sini...
http://sedinginhatiku.blogspot.com/2012/10/eid-2012.html

Nama budak ni yang merupakan sepupu kepada aku,ialah Arshad Firdaus...



Ok...Bye
aku pergi dulu...
Assalamualaikum...

Eid 2012


                   ASSALAMUALAIKUM!!!

Aku nak citer serba sikit pasal raya baru ni...actually tak la enjoy mana raya baru ni,sebab aku dah besar pun...tapi,jangan pandang aku sebelah mata tau,walaupun umur ni dah meningkat aku masih dapat duit raya dari mak sedara,pak sedara dan sepupu aku...so u all jangan jeles... :)






Aku ni nak tunjuk kat korang gambar sepupu-sepupu aku yang kecik dan comel tu masa hari raya tahun ni...
so korang enjoy ok...
eh,kejap-kejap,nanti dulu ok,aku tak nak letak lagi gambar budak-budak tu...(jangan marah)
nanti last-last baru aku letak...
ala relex la,jangan marah aku dulu,apa-apa pun dengar lagu raya ni dulu...


http://www.youtube.com/watch?v=z6y-KzW7tjY

Ha'ah,ni aku nak bagi korang tengok gambar sepupu-sepupu aku yang aku paling sayang la...
so aku tak tipu kan...jangan marah la

ENJOY!!!

Asraff 

Nadhirah 

Arshad 







Amacam dah tengok...???

ok tak...???
ni fb umi dia orang,mak sedara aku...hehehe


http://www.facebook.com/norazlina.ali?fref=ts







Lagu Raya-Uji&Hair Amir_Seloka hari Raya

Jumaat, 12 Oktober 2012

Des'ree - You Gotta Be |Lyrics|



Actually ni lagu favourite aku...
enjoy ok... :)

Korang tahu...???(apa la aku ni,kompen la korang tak tahu kan...)
lagu ni teacher aku,telah mainkan dalam lappy dia masa buat latihan muet(listening)
bes sangat-sangat...aku suka
thanks to my lovely teacher(Puan Annura Selmi)

Pertama Kali Aku Disini...

Assalamualaikum,Alhamdulillah...
akhirnya,aku dapat jugak mewujudkan satu blog untuk diri aku sendiri...
Saya happy sangat... :)
Opsss!!!... happy la sangat aku ni kan...sampai lupa nak perkenalkan diri...hehehe
Ok,aku sebenarnya berumur 18 tahun,aku salah sorang student kat SMKPA...
Adakah anda semua nak tahu apakah nama singkatan bagi SMKPA...?(cehhh,soalan macam formal je bunyi aku ni...)hahahaha

SMKPA=Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam...


Aku mintak maaf la kalau penulisan ni macam ntah apa-apa kan,al maklum la aku ni kan budak baru belajar...tak ke gitu... :) hahaha


mungkin korang fikir apa motif aku letak gambar ni kan,aku ni saja je nak kasi gempak sikit(dalam hati tak gempak pun)...sedey...sobs!!!sobs!!!sobs!!!
tak kisah la,apa pun korang nak cakap yang penting aku suka...hehehe(kejam)
ni sebenarnya,nota sejarah yang aku dan kawan aku(faqihah) siapkan untuk kelas kita orang

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com