cuba tekan :)

Khamis, 27 Februari 2014

Beware Of Dengue Fever

Assalamualaikum,

Sekarang nim aku dengar banyak sangat orang yang terkena denggi kan... So berhati-hatilah dengannya ok... ;)

Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Aedes.

Nyamuk Aedes


Sekarang aku nak citer sikit la pasal gejala demam denggi, jadi kepada siape-siape yang ade tanda-tanda tu cepat-cepat dapatkan rawatan ok, jangan tangguh-tangguh lagi...


Ok, sekarang kite teliti tanda-tandanya pula:

1- Demam tinggi ( sehingga 40.6 ).
2- Sakit kepala yang teruk.
3- Kesakitan sendi dan otot yang teruk.
4- Loya dan muntah-muntah.
5- Ruam kulit- ruam boleh muncul di kebanyakan bahagian badan iaitu 3-4 hari selepas demam
6- Kes yang serius pula melibatkan pendarahan dari hidung, gusi atau di bawah kulit,ia akan menyebabkan lebam keunguan .

Kita dah tahu tanda-tandanya kan jadi sekarang nim kita tengok pula apa yang kita boleh buat untuk cegah demam denggi.

1- Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tapak pembiakan nyamuk aedes:
= Menghapuskan tempat atau bekas yang boleh membuatkan air bertakung samada di rumah ataupun di tempat kerja.
= Rajin-rajinkan diri untuk mencuci pasu bunga dan menukar air pada setiap minggu.
= Tutup semua bekas air dengan penutup dan jangan simpan air di dalam bekas yang terbuka.
= Simpan baldi dan tin air dengan baik.
= Tutup mangkuk tandas jika kita tiada di rumah.

Kitaran


2- Langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan gigitan nyamuk aedes:
= Tutup pintu dan tingkap yang disaringkan.
= Pakai pakaian pelindung (baju berlengan panjang, seluar panjang, stoking dan kasut apabila berada di luar rumah.
= Guna penghalau nyamuk semasa melakukan aktiviti luar.
= Kurangkan aktiviti luar di kawasan yang berisiko.

Rawatan yang diperlukan pula ialah rawatan penggantian bendalir dan elektrolit ia diperlukan untuk melegakan gejala. Untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum banyak air dan rehat secukupnya.

Namun begitu, masih ada produk yang boleh membantu kita dalam menyembuhkan demam denggi ni, ia ialah Forever Living Products... 

Ok, semenjak aku dah menjadi ahli keluarga Forever Living Products ni banyak kelebihan yang aku dapat lihat di dalamnya...

Antara produk-produk yang dapat membantu kita dalam mengubati demam denggi ni ialah

1= Aloe Vera Gel
- Merupakan formula berpaten: mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan sangat berkhasiat.
- Mengandungi Acemanan yang membantu meningkatkan sistem imun dan mempercepatkan pemulihan.
- Mengandungi Kompleks Antrakuinon dengan ciri-ciri anti-keradangan, anti bakteria dan anti virus yang mungkin boleh membantu untuk mengurangkan jangkitan.

Aloe Vera Gel

2= Fields of Greens
- Mengandungi rumput barli, rumput gandum, alfalfa dan lada merah yang merupakan sumber vitamin, mineral dan asid amino yang baik.
- Kaya dengan Vitamin K, penting untuk pembekuan darah yang normal dan mengurangkan pendarahan.

Fields of Green


3= Forever Lite Ultra with Aminotein
- Suplemen protein yang kaya dengan vitamin dan mineral.
- Membekalkan 18 jenis asid amino (termasuk 8 jenis asid amino perlu) yang mudah dihadam dan diserap.
- Suplemen nutrisi yang ideal bagi mereka yang telah menjalani rawatan atau sedang memulih kerana ia membantu membaiki sel-sel badan dan menggalakkan pemulihan yang lebih cepat.

Forever Lite Ultra with Aminotein

4= Forever Absorbent- C
- Suplemen Vitamin- C yang terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimun.
- Vitamin- C dapat membantu menguatkan kolagen, dengan itu ia membuatkan saluran darah lebih fleksibel dan mengurangkan pendarahan yang berkaitan dengan demam denggi.
- Sebagai antioksidan yang kuat dan dapat membantu meningkatkan fungsi imun sistem.


Forever Absorbent- C

Jadi macam mana...???
hebatkan...

So kepada siape-siape yang terjumpa blog aku nim dan sangat berminat untuk mencuba produk nim, iaitu Forever Living Products boleh lah tepon atau mesej aku:

019-9293478 (Hasmida)

Rabu, 26 Februari 2014

Nak pengsan

Assalamualaikum,

Hari nim aku nak citer sikit pasal pembantu rumah, terutamanya pembantu rumah dari negara jiran. Sekarang nim pelbagai cerite ngeri yang melibatkan pembantu rumah yang boleh kite tengok dan kita dengar, aku pun dah naik seriau..

Aiii, ape nak jadi la, tapi yang aku peliknya walaupun sudah banyak cerita ngeri pasal pembantu rumah disiarkan tetapi masih ramai yang masih memerlukan khidmat pembantu rumah, ye la, mungkin mereka-mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah ni sibuk dengan urusan harian dan memerlukan pembantu untuk membantu mereka di rumah.

Tapi aku harap mereka-mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah tu cari la yang betul-betul baik dan tidak akan mendatangkan masalah pada masa akan datang sebagaimana masalah yang boleh kita lihat sejak kebelakangan nim...

 Banyak citer yang kite dengar pasal pembantu rumah, tak kurang dengan pembantu rumah yang larikan anak majikan, dera anak majikan dan sekarang nim yang terbaru pulak, di sini aku ada nak kongsi sikit pasal kes 2 anak majikan yang dikelar oleh pembantu rumah, aku yang bace tajuknye pun dah naik seriau, nasib baik aku tak pengsan, berita ni aku jumpa dalam fb tadi ada friend aku yang post...

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

sila klik link di bawah untuk dapatkan berita penuh:
http://www.hmetro.com.my/articles/Duaberadikmatidikelaramah//Article?BeritaUtama



credit to: harian metro

Jumaat, 21 Februari 2014

Rentetan buat insan yang bergelar K.A.W.A.N.

Assalamualaikum...
buat pertama kalinya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menjadi kawan aku samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna buat aku, kerana buat pertama kalinya aku rasa sangat dihargai oleh insan yang bergelar kawan...

Kawan, kau sangat mengambil berat pasal aku... yes aku sangat terharu... tapi aku takut untuk terlalu bergantung hidup pada orang lain, aku tak nak dianggap sebagai seorang insan yang lemah... aku juga takut untuk terlalu rapat dengan insan yang bergelar kawan, walaupun aku tahu aku sangat memerlukan kawan tapi aku takut kerana bagi aku setiap pertemuan ada perpisahan... ya aku tahu dalam persahabatan tak akan ada istilah perpisahan kerana setiap hubungan persahabatan akan kekal untuk selama-lamanya. Namun begitu, aku akui tidak mudah untuk jadi seorang kawan yang sempurna buat kawannya dan di situ mungkin akan timbul ketidakpuasan hati, itu yang menjadi aku takut untuk terlalu rapat dengan insan yang bergelar kawan...

Apa-apa pun aku mintak maaf banyak kepada semua insan yang pernah menjadi kawan kepada aku, aku tahu aku banyak buat silap dengan kawan-kawan aku... so di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua kawan-kawan aku...

So sampai di sini dulu rentetan ini...

Kawan...

Assalamualaikum, urmmm dah lama rasanya aku tak menulis kat sini. Dah lupa agaknya cara nak tulis citer-citer aku kat dalam ni, aku rasa janggal je... So hari ni aku tulis ikut kepala aku sendiri je ok...

Wow tajuk kat atas KAWAN...
urmmm kawan apa ada dengan kawan ye...???

aku tak nak citer banyak sangat la pasal kawan ni, just nak buat citer je pasal dah lama aku tak menulis ni, jadi otak aku pun dah tepu rasanya nak menulis... well tengok setiap baris ayat aku tu, aku sendiri rasa pelik, rasa macam ada je yang tak kena... abaikan...!!!

Ada orang kata persahabatan tu jauh lebih indah dari percintaan, cinta seumpama bermain layang-layang, andai putus berakhirlah ikatan. sahabat pula bagaikan pantai dan lautan, walaupun sering berhempas tetap sahabat sejati...

kadang-kadang dalam berkawan ada juga yang kita tak puas hati kan...???
tapi kita tetap kena sabar dengan tu semua...

Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde..
Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari….

So aku harap semoga persahabatan aku dengan kawan-kawan aku akan kekal sampai bila-bila...

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com