cuba tekan :)

Isnin, 7 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya berjumpa jugak aku dengan blog kesayangan aku nim,
rasa-rasanya, dah hampir sebulan aku tak menjengah kat blog nim...
ek, chop...chop... dah hampir sebulan apanya, memang sebulan pun dan dah masuk bulan Ramadhan pun...apa-apa pun

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA...



Memandangkan dah lama aku tak meluahkan soal kehidupan aku kat sini, (bukan soal hati ok...) jadi aku ambil kesempatan ni untuk menceritakan serba sedikit pasal hidup aku.
pertama sekali aku nak ucapkan Alhamdulillah, sebab sepanjang aku tak on internet ni kerana line aku yang dah KO, aku telah dikelilingi dengan orang yang sayang kat aku walaupun banyak masalah yang melanda aku sepanjang bulan 5 tapi alhamdulillah masih ada orang yang support dan sentiasa memberi aku semangat agar aku tabah dan sabar dengan apa yang aku hadapi time tu...



Second, time bulan 6 kehidupan aku berada pada tahap sederhana boleh dikira separuh ok separuh lagi bolehla...hehehe... apa- apa pun kena redha... Aku sentiasa anggap masalah yang menimpa aku adalah ujian dari yang Maha Esa dan mungkin juga kifarah atas dosa-dosa yang telah aku buat, ye la sebagai manusia kita tak akan pernah lari dari membuat salah... apa-apa pun ujian ini akan membuatkan diri kita lebih dekat dengan Allah S.W.T.




OK, dah habis soal hidup aku sepanjang bulan 5 dan 6 dan memandangkan sekarang nim bulan ramadhan, aku nak la kongsikan serba sedikit amalan yang korang boleh lakukan time bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini... Sebenarnya, bila masuk bulan Ramadhan banyak amalan dan doa yang seharusnya kita buat, antaranya ialah:

1- Jangan luput dari tiap-tiap malam mengerjakan solat tarawih dan bertahajud.
2- Memperbanyakkan sedekah, memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa.
3- Berjemaah di setiap solat fardhu, iktikaf di masjid dan membaca al Quran.
4- Memperbanyakkan bacaan sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w sewaktu hendak berbuka atau bila-bila sahaja.

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku mohon ampun kepada Allah kami mohon kepadamu akan syurga dan kami mohon perlindungan-Mu dari neraka."

5- Memperbanyakkan doa sebagaimana yang disuruh oleh Nabi s.a.w. kepada Aisyah

" Ya Allah sesungguhnya Engkau Pemaaf, suka memberi maaf, maka berikanlah kemaafan keatasku."

6- Sewaktu berbuka ucapkanlah:

" Ya Allah, keranaMu aku berpuasa dan atas rezekiMu aku berbuka."

7- Adalah amat digalakkan untuk kita berdoa ketika menyambut kedatangan Ramadhan:

" Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabatnya yang mulia, kami mohon kepadamu Ya Allah pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkan kami berpuasa di bulan Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, Ya Allah lanjutkan usia kami dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikuti segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w. dengan rahmat-Mu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam.

p/s: rujukan mengenai amalan di atas aku dapat dari buku di bawah ni ya:



buku ini sangat bagus sebagai rujukan jadi cepat-cepat dapatkannya sekarang.



klik gambar untuk info mengenai ganjaran berpuasa di bulan Ramadhan.



ok sampai sini dulu entri pada kali nim, Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali membawa seribu keberkatan dan kerahmatan buat kita...

Smile Always... :)

Khamis, 1 Mei 2014

SELAMAT HARI PEKERJA

Assalamualaikum...

tonight aku free, so aku bebas untuk berblog malam ni...hahaha (gelak mengalahkan kak ponti, gelak mintak pelempang...)

jadi, memandangkan hari nim jatuh pada 1 Mei dan masih tinggal beberapa minit lagi sebelum tirai 1 mei dilabuhkan aku kat sini nak la mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA (apa da, tulisan warna hitam),
A'ah kan tak colourful pulak aku tengok... SELAMAT HARI PEKERJA... (tadaa...!!!...yang ni kira ok la kan...)

Ok, sebelum aku semakin banyak melalak menaip ntah apa-apa, aku nak la ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kat semua orang yang dah memegang title pekerja tu tak kira la kerja apa dan kat mana-mana pun yang penting kerja kan, tak macam aku... pemalas sebab tu aku masih menyandang jawatan sebagai penganggur... 

lagi aku nak cakap apa ek...??? kenapa beku je kepala otak aku nim, (beku tahap bongkah ais) padahal tadi bukan main lagi kepala otak aku nim duk merangka idea dan ayat untuk aku persembahkan kat dalam blog pink aku nim... aku selalu macam nim, time banyak idea aku malas nak on internet, tapi time tak de idea laju je aku nak on... kau dah ape hal mida...???

Ok, sebelum aku merapu-merapan dan sebelum aku nak menapak keluar dari bilik rahsia blog aku nim, sekali lagi aku nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat semua, hanya ini je yang mampu aku ucapkan time nim, sebab Labour Day ni merupakan main point aku untuk menaip malam nim...





maaf dipinta andai entri kali ni tak memuaskan...
smile always... :)

Gathered with family April 2014

Assalamualaikum,

lama aku tak update blog aku kan, sedar-sedar dah masuk bulan 5 dah pun...
so hari ni aku nak citer pasal aktiviti-aktiviti sepanjang bulan 4 (aktiviti dengan family)
tak banyak mana pun aktiviti dengan family tapi boleh la nak dibuat citer untuk entri kali ni, tak gitu kak joyah...

Asyik tangguh je memanjang time aku ade citer best-best, tup-tup aku decide nak kembarkan aktiviti-aktiviti pasal my family ni dalam satu entri... boleh kan...??? (sambil buat muka kesian nak mintak penampor...muahahaha)

First aktiviti, kita orang gathering nak buat pesta membakor ikan...(pesta bakar ikan konon, macam la aku panggil 7 keturunan aku nak menjamu makan, just 5 family je...)
memang best malam tu, sebab kita orang kumpul ramai-ramai... aku kalau bab kumpul-mengumpul sesama family ni, aku la orang yang paling seronok, seronok sebab aku boleh kongsi-kongsi citer dan pengalaman dengan adik-adik sepupu aku yang lebih muda dari aku... kiranya aku dah tua la kan berbanding dia orang...redho je la... apa-apa pun pegang kata-kata nim ok, yang tua dihormati,yang muda disayangi...
Segala lauk-pauk kat bawah ni, hanya lauk-pauk sampingan ye... gambar ikan bakar aku tak sempat nak ambik... Gambar yang ketiga tu, gambar family aku, sebenarnya ramai lagi tapi dia orang menyibukkan diri kat dapur...muahahaha...





Second aktiviti ialah time sambut birthday aku... birthday aku jatuh pada 18 april, tapi kita orang sambut time 19 april tu sebab 18 april tu, mak sedara aku ada buat makan-makan kat umah dia, habis aku kena bahan dengan pak sedara, mok sedara dan sepupu aku yang memang kepala gila-gila tu...(jangan la dia orang baca entri aku kali nim, kalau tak memang habis la aku sebab kate kepala dia orang gila-gila...hehehe) korang fikir ek ada ke patut dia orang suruh aku cuci segala pinggan, mangkuk ayung, periuk dan perkakas memasak tu sebab hari jadi aku... katanya "ni hadiah hari jadi along" (memang nak kena... relex-relex, ingat kata-kata nim "yang tua dihormati, yang muda disayangi")...
Ok, kisah birthday aku tu belum habis lagi... time 19 april tu aku memang tak tahu dia orang rancang baik punya sampai aku ni tak perasan dia orang nak sambut birthday aku (ya la, nak sambut birthday kejadah apa lagi hari tu dah 19 haribulan, lewat 1 hari... aku buat muka sedih nak mintak kaki...)
nak dijadikan citer, dia orang suruh aku pergi kedai, tapi aku malas, siap dia orang kene fire lagi dengan aku (aku baru balik jalan-jalan cari duit), ye la dah balik penat-penat, mana boleh kacau...memang saja cari penyakit...hehehe...padahal dia orang nak suruh aku beli barang untuk digunakan time big surprise untuk aku tu... aku memang tak pergi...hehehe..."aku kan birthday girl" (buat muke comel macam kucing kat umah tok aku...hahaha)
lepas tu, aku balik rumah sekejap, lepas isyak tu aku datang balik rumah tok aku (lupa nak bagitahu, birthday ni, dia orang sambut kat umah tok aku)... time sampai tu, aku pelik je tengok... apa ramai sangat sedara-mara aku duduk kumpul depan umah ni (dalam hati "kelmarin dah jumpa tak kan hari nim rindu nak kumpul lagi kot")... naik-naik je atas umah tok aku... nah hambik kau...hahaha (agak-agak apa yang jadi ek...??? sambung sendiri... aku malas nak taip panjang-panjang)... aku nak ucap thanks kepada ahli keluarga yang sangat sporting, dan memang gila-gila...hehehe...dan untuk hadiah-hadiah yang sangat cantik dan kenangan yang terindah... of course i like sangat-sangat... (part yang aku tak citer tu, saje aku simpan untuk kenangan di hari tua..., tak puas hati...???  ada aku kesah...!!!...hahaha)




Third aktiviti ialah trip to Sekayu...hahaha... aktiviti nim paling aku suka (sebab aku yang rancang)
kita orang pergi 3 buah kereta seramai 25 orang (ni family picnic ok)... time dalam perjalanan tu, macam-macam aku dengan sepupu-sepupu aku rancang nak tangkap gambar banyak-banyak buat kenangan...tup-tup gambar kurang di ambil sebab aku seronok gile bermandi-manda (teringat time aku kecik-kecik dulu...aiii, aku rase nak pinjam je mesin pemutar mase yang doraemon punya...) abaikan angan-angan doraemon aku tu... first time mandi air terjun kat Sekayu tu, aku jakun gila...hahaha, takut (tak aci gelak, siapa berani gelak aku tumbuk...hahaha) tapi aku tetap mandi, sebab kena tarik dengan sepupu-sepupu aku, lagi pun dalam hati "mana boleh tak mandi, rugi shiiioootttt"... nanti payah dah nak datang bermandi-manda dengan family, kau orang ingat senang ke, aku nak pujuk pak-pak sedara dan mak-mak sedara aku tu, aku terpaksa buat muka seposen + muka kesian + muka sedih minta candy crush tau = baru dia orang setuju... dalam hati bersorak riang...hahaha






pasal fenomena kepala air ni, korang klik je gambar warna merah tu untuk pertumbuhan gambar yang sihat ye... info ni penting tau, especially kepada korang-korang yang nak pergi mandi-manda atau berkelah kat kawasan air terjun...



ok itu aje yang aku rase nak citer, yang lain tak ade dah... kalau ade nanti aku kembarkan lagi entri aku... mana la tahu kot-kot ade aktiviti-aktiviti dengan family time bulan 5 nim...hehehe...


Smile Always... :)
enjoy and happy reading...

Khamis, 24 April 2014

S.A.M Training 2014 at Permai Hotel Kuala Terengganu.

Assalamualaikum...

alhamdulillah, aku dah kembali segar.... argggghhhhhhh...hehehe...
sebelum ni, asyik kurang je masa nak update blog kesayangan aku nim, now semua dah kembali macam biasa lepas selesai S.A.M Training... (Sill, Attitude, Management)

A'ah, bercakap pasal S.A.M Training, aku baru ingat bahawa entry kali nim telah aku khaskan untuk citer pasal semua yang aku hadapi dan telah aku jalani time S.A.M dulu...hehehe (bunyi macam berat je)

Ok, kalau ada orang fikir S.A.M ni berat dan banyak peraturan maaf ye, korang silap...hehehe...
sebenarnya, bagi aku la kan, sepanjang aku mengikuti mana-mana kursus atau aktiviti yang seangkatan dengannya S.A.M ni la yang paling ringan... Bukan setakat ringan malah enjoy lagi tu, setiap aktiviti yang ada dalam S.A.M ni memang best giler-giler la...hahaha... tak pernah aku jumpa kursus yang enjoy macam nim. Fuhhh, dengan game-game yang ada dengan tarian-tarian yang memang mengagumkan...

Dan satu lagi, aku happy sebab kat sini tak mengira siapa kita, berapa umur kita, macam mana rupa kita dan latar belakang kita sebab di sini kita satu family.
yes kita satu.

Sebelum tu, aku nak luahkan rasa happy aku, sebab satu kumpulan dengan ahli-ahli yang sangat cool dan sangat memahami, walaupun baru kenal dan berlainan negeri... arctic seaferes(kumpulan 3) memang terbaik lah... love you all...

Ok, nak citer panjang-panjang aku malas (asyik malas sahaja aku)
aku malas bersebab ok,
aku malas sebab nanti banyak gambar yang aku nak paparkan kat sini, so aku kene sesuaikan agar tak terlalu panjang penulisan aku dalam entri kali ni.








Gambar aku kat atas dengan pengantin tu adalah selingan (iklan) sikit ye...hehehe... ada citer di sebalik gambar tu... yes, ni time aku curi-curi keluar masa lunch kat kursus tu.. ye la dah aku dah buat janji ngan kawan aku, nak datang time wedding dia, tak kan aku nak mungkir janji kan...so, aku ambik tindakan berani, curi-curi keluar...hahaha... tapi lepas tu, aku bagitahu kat leader aku, dia ok je... :) hidup kena jujur ok,

Puan Hajah Ziela Jalil sebagai duta FOREVER LIVING PRODUCTS




























Wakil kumpulan aku menyerahkan sebahagian wang
yang dimenangi oleh kumpulan kami dalam game sebagai derma sempena
kempen amal Live Detox for Charity


Hasil tangan kumpulan aku




Puan Hajah Ziela Jalil pun tidak ketinggalan
sebagai duta produk FLP, Just One Drop (JOD).






Love Letter dari kumpulan aku yang terpilih
ni hasil idea maggie ok...
thanks to maggie, sebab dah banggakan nama kumpulan kita.


Nampak tak kuda(kumpulan aku tu), cerdik dalam membuat
keputusan ok, tak mudah tertipu dengan sebarang tawaran yang dibuat dalam
aktiviti bidaan...
Aku ingat lagi ayat CG Tan...hehehe " saya adalah lautan yang kaya, saya ada banyak wang, saya hanya tahu bagi saje, kamu bawak sudu, kamu bawak lori saya bagi saja...

gambar kenangan S.A.M Training 2014
Permai Hotel Kuala Terengganu
p/s : Just One Drop (JOD) tu sesuai untuk penghidap kencing manis (diabetes)
untuk maklumat lanjut boleh pm saya di fb saya
https://www.facebook.com/hasmida.sabri

Semoga terhibur dengan apa yang dipaparkan...
smile always... :)
Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com