cuba tekan :)

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013...

31/12/2012=Isnin

Image by Google

Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia...!!!...Salam pembuka bicara...Aku kini sudah hampir di ambang 2013 beberapa jam lagi tirai 2012 akan berlabuh...

Bye-bye 2012 and welcome 2013...

Nah,bila dengar aje perkataan SELAMAT TAHUN BARU...
Automatik la,cuti sekolah akan berakhir...dan tak ada lagi la acara jalan-jalan buat diri aku...hahaha...
so,dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru...dan aku juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa...

Selamat Kembali Ke Dunia Persekolahan...
#tomorr0w back to school # belajar belajar belajar ♥ wahhhhhhhhhh !!! 
I LIKE IT...!!! :)

So.ini pun kira last n3 la dari aku,buat tahun 2012...

Tahun 2012 akan meninggalkan kita,
Berlalu sudah kenangan suka dan duka,
Hanya tinggal kenangan bersama,
Walau secebis tapi tak apa,
Sudah cukup untuk ku tanam dalam jiwa.

Tahun demi tahun berlalu,
Jalan kita tempuh penuh berliku,
Tiada erti dengan putus asa,
Walaupun kita hanya manusia biasa.

Bermanja gurauan menjadi hobi,
Sepatah kata boleh menyakitkan hati,
Aku disini ingin memohon maaf seikhlas hati,
Jika ada yang tergores hati.

Thomas Arya berkata dermaga biru,
Ella pula berkata permata biru,
Aku pula yang kata jangan sedih atau terharu,
Selamat menempuh tahun baru...^_^

Okey,sampai sini saje,n3 kali nim...malas nak taip panjang-panjang... :)


Image by Google


Malam Apresiasi Seni...

29/12/2012=Sabtu

Hehehehe,besnya malam ni,aku tengok teater "Woak...Mok Nok Balaik"
Oleh:Kumpulan Kesenian Uraong Ulu(KEULU)
Karya dan Arahan:Ibrahim Mohd Taib...

Kelakar gila...terhibur sangat...hahaha...tak kering gusi aku dibuatnya... :)
aku memang suka tengok teater,tapi kalau nak jadi pelakon teater tu,memang tak boleh la,tak berbakat hahaha...

Aku,tonton citer ni kat Taman Budaya Kuala Terengganu...

Okey,disamping pementasan teater tersebut penonton juga disajikan dengan perantisan "Tarian Saba"
Penampilan Istimewa:Che Wan Noorsaidi Che Wan Abdul Rahman @ Kak Zah...

So,aku pun nak la sajikan beberapa keping gambar...malam ni malas sikit nak taip panjang-panjang...mata dah mengatuk....













Hah,gambar kat atas tu,adalah gambar kat Taman Budaya Terengganu...
Ni aku letak sebab teater tu dipersembahkan kat sini...


Apresiasi Seni

=Apresiasi Seni diangkat bagi menyerlahkan keunikan seni dan budaya yang kian pupus buat tatapan dan tontonan khalayak.

=Ia merupakan tanda penghormatan dan kenangan jasa diatas sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh seni dan budaya kepada perkembangan dan kemajuan bidang kesenian dan kebudayaan negara.









Kenali Beliau



=Che Wan Noor Saidi Binti Che Wan Abdul Rahman @ Kak Zah Saba.
=Merupakan generasi ke-9 mewarisi Tarian Saba.
=Kepakaran dalam menari,menyanyi dan bermain alat muzik Anak Umbang.
=Pengalaman:Antara program yang beliau sertai

1-Himpunan Alunan Muzik Tradisional.
2-Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013
3-E-Komuniti Kuala Terengganu
4-Temasya Pantai Timur
5-Pesta Tari (DBKL)
6-Pusat Seni Setempat (JKKN)
7-Persembahan Merakyatkan Seni Budaya (JKKN)
8-Persembahan Hujung Minggu (Istana Budaya)
9-Himpunan Penyair Wilayah (RTM Simfoni Alam)
10-Festival Puisi Lagu Rakyat Antarabangsa
11-Persembahan Hujung Minggu (Istana Budaya)
12-Persembahan Sempena SUKMA 2008
13-Bicara Budaya dan Warisan (Persatuan Sejarah Malaysia)
14-Payang Walk (Majlis Pelancaran)


Tarian Saba

So,aku di sini nak citer sikit la pasal Tarian Saba yang aku tonton dalam persembahan tadi...

=Tarian Saba berasal dari perkataan "SABA" yang bermaksud sepohon pokok yang diperbuat daripada pucuk daun kelapa muda.Mengikut lagenda,pokok ini dipercayai ditanam di taman bunga di atas kayangan.Taman tersebut merupakan tempat dimana dewa-dewi bermain.

=Tarian Saba merupakan satu persembahan yang menggabungkan tiga elemen
(gerak tari,nyanyian dan muzik).

=Para penari akan mengelilingi "Pokok Saba" dan ianya dipersembahkan bergantung kepada sesuatu keadaan(hiburan atau perubatan)

=Dalam kaedah perubatan,saba dipersembahkan bertujuan memulihkan semangat dan membuang sesuatu penyakit.Masyarakat ketika itu menebal dengan kepercayaan tradisi nenek moyang bahawa dengan pertolongan kuasa ghaib mampu mengubat pesakit.

=Acara perubatan hanya dilakukan pada waktu malam sahaja dirumah pesakit sendiri.Setiap persembahan dimainkan sehingga 3 malam

=Pemujaan atau upacara memanggil dewa terlebih dahulu perlu dilakukan sebelum Tarian Saba dilakukan agar proses perubatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

=Dalam persembahan watak utama adalah Abang Peduang(Perantaraan antara alam gading "kayangan" yang bermain Anak Umbang) dan Muda Di Awan (Penjaga Pohon Saba dan keselamatan puteri-puteri serta orang jelmaan perantaraan antara Abang Peduang)

=Namun,kini ia tidak dimainkan seperti dahulu lagi.Setelah masyarakat menerima kedatangan agama islam dan mengetahui persembahan yang mengaitkan acara pemujaan adalah syirik.Maka,bentuk persembahannya telah diubah sedikit demi sedikit dan tiada lagi acara pemujaan atau unsur syirik.

=Kini,Tarian Saba dipersembahkan hanya sebagai bentuk hiburan bagi sesuatu majlis sahaja.

=Alat muzik utama dalam persembahan Saba ialah "ANAK UMBANG" yang diperbuat daripada buluh.Ia dimainkan oleh Abang Peduang dengan menggesek "ANAK UMBANG" sambil menyanyi dan diiringi oleh paluan gendang,rebana,dan gong.

=Abang Peduang akan memulakan acara Tarian Saba dengan lagu "Muda di Awan" sebagai pembuka balai dan disusuli dengan beberapa lagu Saba iaitu:

1-Muda Di Awan(Pembuka Balai)
2-Anak Burung Baniong
3-Nong Sakti
4-Anak Udang
5-Anak Tedung
6-Awang Kasim Gila
7-Raja Badak
8-Melirah(Tutup Balai)




















Okey,sekarang aku nak citer pulak pasal teater "Waok...mok nok balaik..."

Kenali Beliau



=Ibrahim Bin Mohd Taib
=Bergiat aktif dalam bidang teater selama 25 tahun.Beliau banyak menghasilkan skrip drama pentas dan juga telah mengarahkan beberapa buah teater.
=Pementasan teater dan arahan beliau:

1-Jebat Deraka 1985(Pekan Budaya Daerah)
2-Lembu 1986 (Pertandingan Drama Peringkat Negeri Terengganu)
3-Perasan 1 1987 (Johan Pesta Drama Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu anjuran TV3)
4-Perasan 2 1998 (Pertandingan Drama Sekolah Daerah Hulu Terengganu anjuran TV3)
5-Perasan 3 1989 (Jabatan Kesihatan)
6-Bersihnya Bando Kite 1991 (Pelancaran Kempen Kebersihan Kedai Kita)
7-Tragedi Padang Kacung 1992 (Drama Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu)
8-Jadilah Esap Dadoh 1995 (Pelancaran Kempen Hari HIV Jabatan Kesihatan)
9-Uraong Ulu Hatinya Sumbaing 2003 (Kompleks JKKN Terengganu)
10-Gerimis Di Padang Kacung 2002 (Felda Bukit Bading Hulu Terengganu)
11-Kampung Pelam 2002 (FELCRA Kampung Betong Hulu Terengganu)
12-Uraong Ulu Berasa Ati 2004
13-Uraong Ulu Kappo 2005
14-Uraong Ulu Atinye Luke Lagih 2005-Johan Festival Teater Negeri Terengganu
15-Uraong Ulu Atinya Luke Lagih 2006-Tempat ketiga Festival Teater Malaysia
16-Balaiklah Woak i 2009
17-Balaiklah Woak ii 2010
18-Balaiklah Woak iii 2011
19-Woak...mok nak balaik 2012

=Pementasan Teater arahan beliau:

1-Kerusi 1996
2-Bumiku Oh Bumiku 2000
3-Tamu Di Bukit Keny 2001
4-Waktu Sesudah Itu 2003

Pengenalan Kumpulan

=Ditubuhkan pada awal 1979 dengan nama Perkumpulan Teater Ulu Terengganu (ULTRA)
=Bermula pada 1 Oktober 2001,nama ULTRA ditukar dengan nama Kumpulan Kesenian Oraong Ulu (KEULU)
=Dipimpin oleh:

1-Wahab Mohamad sehingga 1981
2-Bahari Abu 1981-1983
3-Syed Mohd Noor (S.M.Noor) 1983-1985
4-Wan Mustaffa Bin Wan Mohamad 1985-1987
5-Abdullah Che Mohamad 1987-1993
6-Halim Hashim 1993-1995
7-Ibrahim Mohd Taib 1995-2006

Sinopsis "Waok...mok nok balaik..."

Sebuwoh cerita yang mengisohkan pat (4) uraong saing rudong yang di ator ulaih anok-anok dimi ke sebuwoh pusat jagean uraong tuwe.Mat Tarzan keni ator pasaa anok dok khrije,dok ruk nok tanggong.Ah Peng keni ator sebab anok diye dok tahan keni gangguh nge pe'el ayoh diya sdiri.Halus pulok keni ator sebab anok diye sibuk khrije man'jang ban'do.Bungge pulok keni ator sebab nat'tuh diye dok berahih ke diye.
Sepanjang dudauk di umoh uraong tuwe,macang-macang peranga dan peseng yang berlaku antara dimi.

=Sebuah cerita yang mengisahkan empat orang kawan yang dihantar oleh anak-anak mereka ke sebuah pusat jagaan orang tua.Mat Tarzan kena hantar sebab anak dia tidak kerja,tak dapat nak tanggung.Ah Peng pulak kena hantar sebab anak dia tak tahan kena ganggu dengan ayah dia sendiri.Halus pulak kena hantar sebab anaok dia sibuk kerja memanjang kat bandar.Bungge pulak kena hantar sebab menantu dia tak suka ke dia.
Sepanjang tinggal di rumah orang tua,macam-macam yang berlaku antara mereka.

Pelakon

1-Bunga-Rohayati Binti Abd.Mamat
2-Ah Peng-Mohd Yusof Bin Mustapha
3-Mat Tarzan-Aladin Bin Abdullah
4-Halus-Maizatul Nadia Binti Mat Nasir
5-Mat Dom-Roslan Bin Sulong
6-Bedol/Nawang-Mahadi Bin Muhamad
7-Peoh-Noorashida Binti Abdul Rashid
8-Dagang/Jaafar Onn-Ezzrinorhisham Bin Zainuding
9-En.Jantan/Pisang-Mohd Ramdan Bin Hasan
10-Erni-Roshaida Binti Abdul Wahab
11-Puspa-Siti Syuhada Binti Jaafar Sidek
12-Sharifah Aini/Natrah-Hamidah Binti Abdul Hamid
13-Uji Rashid-Nur Syamimi Izyani Binti Mohd Saberi
14-Hail Amir-Mohd Hilmi Bin Maliki
15-Meon-Shamsuddin Bin Abd Aziz
16-Banun-Nazurah Binti Mohd Nor

Jom,tengok gambar-gambar pulop... :)









Bunga





Halus

Peoh & Ah Peng





Mat Tarzan

En.Jantan/Pisang




Puspa & Erni







Natrah/ Sharifah Aini





Mat Dom & Dagang/Jaafar Onn 








Syukur,n3 kali ni dah selesai....
Enjoy....
Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com