alhamdulillah, aku dah kembali segar.... argggghhhhhhh...hehehe...
sebelum ni, asyik kurang je masa nak update blog kesayangan aku nim, now semua dah kembali macam biasa lepas selesai S.A.M Training... (Sill, Attitude, Management)
A'ah, bercakap pasal S.A.M Training, aku baru ingat bahawa entry kali nim telah aku khaskan untuk citer pasal semua yang aku hadapi dan telah aku jalani time S.A.M dulu...hehehe (bunyi macam berat je)
Ok, kalau ada orang fikir S.A.M ni berat dan banyak peraturan maaf ye, korang silap...hehehe...
sebenarnya, bagi aku la kan, sepanjang aku mengikuti mana-mana kursus atau aktiviti yang seangkatan dengannya S.A.M ni la yang paling ringan... Bukan setakat ringan malah enjoy lagi tu, setiap aktiviti yang ada dalam S.A.M ni memang best giler-giler la...hahaha... tak pernah aku jumpa kursus yang enjoy macam nim. Fuhhh, dengan game-game yang ada dengan tarian-tarian yang memang mengagumkan...
Dan satu lagi, aku happy sebab kat sini tak mengira siapa kita, berapa umur kita, macam mana rupa kita dan latar belakang kita sebab di sini kita satu family.
yes kita satu.
Sebelum tu, aku nak luahkan rasa happy aku, sebab satu kumpulan dengan ahli-ahli yang sangat cool dan sangat memahami, walaupun baru kenal dan berlainan negeri... arctic seaferes(kumpulan 3) memang terbaik lah... love you all...
Ok, nak citer panjang-panjang aku malas (asyik malas sahaja aku)
aku malas bersebab ok,
aku malas sebab nanti banyak gambar yang aku nak paparkan kat sini, so aku kene sesuaikan agar tak terlalu panjang penulisan aku dalam entri kali ni.
Gambar aku kat atas dengan pengantin tu adalah selingan (iklan) sikit ye...hehehe... ada citer di sebalik gambar tu... yes, ni time aku curi-curi keluar masa lunch kat kursus tu.. ye la dah aku dah buat janji ngan kawan aku, nak datang time wedding dia, tak kan aku nak mungkir janji kan...so, aku ambik tindakan berani, curi-curi keluar...hahaha... tapi lepas tu, aku bagitahu kat leader aku, dia ok je... :) hidup kena jujur ok,
Puan Hajah Ziela Jalil sebagai duta FOREVER LIVING PRODUCTS |
Wakil kumpulan aku menyerahkan sebahagian wang yang dimenangi oleh kumpulan kami dalam game sebagai derma sempena kempen amal Live Detox for Charity |
Hasil tangan kumpulan aku |
Puan Hajah Ziela Jalil pun tidak ketinggalan sebagai duta produk FLP, Just One Drop (JOD). |
Love Letter dari kumpulan aku yang terpilih ni hasil idea maggie ok... thanks to maggie, sebab dah banggakan nama kumpulan kita. |
Nampak tak kuda(kumpulan aku tu), cerdik dalam membuat keputusan ok, tak mudah tertipu dengan sebarang tawaran yang dibuat dalam aktiviti bidaan... |
gambar kenangan S.A.M Training 2014 Permai Hotel Kuala Terengganu |
untuk maklumat lanjut boleh pm saya di fb saya
https://www.facebook.com/hasmida.sabri
Semoga terhibur dengan apa yang dipaparkan...
smile always... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan