cuba tekan :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Kawan...

Assalamualaikum, urmmm dah lama rasanya aku tak menulis kat sini. Dah lupa agaknya cara nak tulis citer-citer aku kat dalam ni, aku rasa janggal je... So hari ni aku tulis ikut kepala aku sendiri je ok...

Wow tajuk kat atas KAWAN...
urmmm kawan apa ada dengan kawan ye...???

aku tak nak citer banyak sangat la pasal kawan ni, just nak buat citer je pasal dah lama aku tak menulis ni, jadi otak aku pun dah tepu rasanya nak menulis... well tengok setiap baris ayat aku tu, aku sendiri rasa pelik, rasa macam ada je yang tak kena... abaikan...!!!

Ada orang kata persahabatan tu jauh lebih indah dari percintaan, cinta seumpama bermain layang-layang, andai putus berakhirlah ikatan. sahabat pula bagaikan pantai dan lautan, walaupun sering berhempas tetap sahabat sejati...

kadang-kadang dalam berkawan ada juga yang kita tak puas hati kan...???
tapi kita tetap kena sabar dengan tu semua...

Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde..
Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari….

So aku harap semoga persahabatan aku dengan kawan-kawan aku akan kekal sampai bila-bila...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com