cuba tekan :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Rentetan buat insan yang bergelar K.A.W.A.N.

Assalamualaikum...
buat pertama kalinya, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menjadi kawan aku samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna buat aku, kerana buat pertama kalinya aku rasa sangat dihargai oleh insan yang bergelar kawan...

Kawan, kau sangat mengambil berat pasal aku... yes aku sangat terharu... tapi aku takut untuk terlalu bergantung hidup pada orang lain, aku tak nak dianggap sebagai seorang insan yang lemah... aku juga takut untuk terlalu rapat dengan insan yang bergelar kawan, walaupun aku tahu aku sangat memerlukan kawan tapi aku takut kerana bagi aku setiap pertemuan ada perpisahan... ya aku tahu dalam persahabatan tak akan ada istilah perpisahan kerana setiap hubungan persahabatan akan kekal untuk selama-lamanya. Namun begitu, aku akui tidak mudah untuk jadi seorang kawan yang sempurna buat kawannya dan di situ mungkin akan timbul ketidakpuasan hati, itu yang menjadi aku takut untuk terlalu rapat dengan insan yang bergelar kawan...

Apa-apa pun aku mintak maaf banyak kepada semua insan yang pernah menjadi kawan kepada aku, aku tahu aku banyak buat silap dengan kawan-kawan aku... so di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua kawan-kawan aku...

So sampai di sini dulu rentetan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com