cuba tekan :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Dugaan...

Assalamualaikum...


Aku tak tahu nak cakap macam mana,aku dah tak boleh fokus pada study...
Dalam kelas pulak,aku selalu je kena jawab soalan...
Urmmm,malangnya,aku tak boleh jawab...sedih... :'(
(harap korang tidak salah paham,aku tidak boleh jawab soalan bukan sebab aku tak study,tapi sebab aku stress sampai tahap tak boleh pikir lagi...jawapan kepada soalan yang disoal...)

Maaf,aku buat N3 ni bukan sebab nak malukan diri sendiri,tapi aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa...

So,aku luahkan aje melalui penulisan aku(harap korang tak kisah)
Aku sangat tertekan dengan exam yang akan datang...
Tiada apa yang boleh aku ucapkan saat ni...
hanya satu harapan aku,aku nak meraih kejayaan...
Aku tak nak diri aku dihina...

Perangai budak kelas aku pulak memang menyakitkan hati...ada je nak gelakkan aku...

Tapi satu je aku nak beritahu,seandainya hari ini aku gagal itu tidak bermakna aku akan gagal untuk selamanya...
Aku tahu masih ada ruang untuk aku mencipta kejayaan...

Apa-apa pun terima kasih atas perbuatan korang pada aku...aku tak nak simpan dalam hati...aku just nak diam dan tengok je apa yang akan jadi...
InsyaALLAH,dengan izin ALLAH,aku akan cuba bersabar dan seandainya,aku tidak kuat hanya padaMu tempat aku memohon agar dikuatkan hati ini,untuk menerima dugaan ini dengan tenang dan berhati terbuka...

Alhamdulillah.selepas luah sikit-sikit kat sini,aku dah rasa ok sikit... :)

Straight to the point la,aku nak cakap.
korang(budak-budak kelas aku) tak usah nak ambik kisah sangat la hal aku kalau nak tanya aku kenapa dan mengapa aku jadi macam ni...jujur aku cakap,TAK PAYAH...

Maaf kalau N3 aku kali ni memang agak tidak menyenangkan hati korang...
tapi,aku memang sedih dan kecewa dengan perangai diaorang...

Dan seandainya,aku ada buat silap
kat korang(budak-budak kelas aku)
aku mintak maaf banyak-banyak...
mungkin lepas ni...persahabatan kita dah tak macam dulu...
seandainya itu terjadi,aku mintak maaf...dan aku tak kisah kalau lepas ni korang nak kata aku sombong...ya memang,aku jadi macam ni sebab korang yang ajar aku...
Perangai korang pada aku,sudah cukup untuk membuktikan...

Images by Google
Dah,aku tak nak cakap apa-apa lagi soal ni...
sekarang aku nak muhasabah diri...

Aku tahu,apa yang terjadi
pasti ada hikmah disebaliknya...

http://www.youtube.com/watch?v=ObpCFfOctxU&feature=fvst

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com