cuba tekan :)

Selasa, 13 November 2012

SMK SERI BUDIMAN...

Assalamualaikum,
Ni aku nak citer serba sikit,pasal SMKSB(sekolah aku tu...hehehehe)
Aku sayang giler kat sekolah ni,fuhhh,mana tak sayangnya,belajar situ dari form 1 sampai form 5 lagi,senang-senang cakap,aku ibaratkan sekolah ni macam rumah kedua aku ar...
=siapa tak sayang sekolah oiii...tempat menuntut ilmu,dan tempat kita mengenal kehidupan tu...

Jadi sempena hari ini hari sabtu yang bertarikh 10/11/12 tarikh yang sangat cantik,lawa,cute dan seangkatan dengan nya...
Aku NOOR HASMIDA BINTI AHMAD SABRI ingin menceritakan serba sikit pasal asal usul sekolah tersayang aku ni...

Hehehehe!!!(kena ketawa dulu sebelum bercerita lebih lanjut...jangan marah...smile always)

Ok aku mulakan ek...
Aku akan mulakan dengan Sejarah SMK Seri Budiman K.Trg...
(waduhh,ayat macam formal sangat bunyi...hahahaha)=saje je...aku punya suka la...lalalala

Dah-dah,tak nak gurau lagi,I would be seriously...jangan takut,aku tak makan orang la,aku makan nasik je...kalau tak percaya tegur je,tengok apa akan jadi...lalala

Hah,ni korang la punya pasal,tengok aku dah melalut ni... :)
Kalau asyik macam ni,memang tak citer ar aku pasal SMKSB...
So,adalah lebih baik sekiranya aku mulakan sekarang... :)

Bismillahirrahmanirrahim

Sejarah SMK Seri Budiman Kuala Terengganu...

8888> Nama asal SMKSB ialah Sek.Men.Pak Maseh,ia mula dibuka pada tahun 1969,kemudian ditukar pula namanya kepada Sek.Men.Mengabang Tengah dan kemudiannya ditukar kepada nama Sek.Men.Bunut.Bermula pada tahun 1972,Sek.Men.Bunut dengan rasminya ditukar kepada nama Sek.Men.Batu Buruk.Manakala pada tahun 1984 nama Sek.Men.Batu Buruk ditukar namanya kepada Sek.Men.Seri Budiman.Bermula pada tahun 1997 dengan rasminya nama Sek.Men.Seri Budiman dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman Kuala Terengganu.

Keluasan Kawasan Sekolah dan Bangunan...

8888> Keluasan sekolah adalah 5 hektar.Pada peringkat awal terdapat terdapat 5 buah bangunan yang terdiri daripada Blok A,B,C,H dan Sebuah Kantin.Kemudian dibina pula Bangunan Tambahan yang terdiri Bangunan Satu Tingkat iaitu Blok E dan F.Selain itu,dua buah lagi bangunan telah dibina iaitu satu Blok Bangunan Bengkel Kemahiran Hidup dan Seni serta satu Blok Bangunan Koperasi,Sebuah Surau,Kantin Sekolah dan sebuah Stor Kemudahan serta Sebuah Dewan Baru.

SMKSB adalah sekolah harian biasa.
Pada tahun 2008 2 Buah bangunan tambahan 4 tingkat telah dibina.Pembinaannya menelan belanja sebanyak RM8.5 juta.Bangunan A ialah bangunan Pentadbiran,manakala Bangunan B mengandungi bilik darjah,makmal sains,bengkel kemahiran hidup dan bengkel PSV.

Senarai Pengetua SMKSB...

1-Abdul Razak Bin Akli
2-Abdul Wahab Bin Mohamad
3-Jamaluddin Bin Ali
4-Mohd Zain Bin Sham
5-Abdul Moin Skymmar Bin Abdul Wahab
6-Abdullah Bin Awang
7-Omar Bin Hussin
8-Ainun Jamilah Binti Mohd Ali
9-A.Sharry Bin Cheek
10-Abdul Rashid Bin Abdul Majid
11-Zainab Binti Ahmad
12-Wan Hussin Bin Wan Awang
13-Ramlan Bin Mohamed
14-YM Tengku Mohd Yusoff Bin Tengku Mansor
15-Ahmad Shukor Bin Mansor

Lencana Sekolah

Warna
8888>  MERAH = Keberanian menghadapi cabaran dalam arus pendidikan.
8888>  HITAM = Keteguhan peribadi dan jati diri dalam menghadapi arus zaman.
8888>  PUTIH = Ketulusan hati menerima ilmu.
8888>  KUNING = Kesetiaan/Kepatuhan kepada undang-undang,raja/pemimpin dan negara.

Simbol
8888> PELITA = Lambang ilmu sebagai penyuluh(ilmu pelita hidup).
8888> LEBAH  = Lambang kerajinan/rajin berusaha untuk berjaya.
8888> GELUNGAN BULATAN = Kegiatan sukan dan kokurikulum yang pelbagai.
8888> BULATAN DAN BINTANG DALAM JALURAN HITAM = Sebahagian bendera Terengganu.
8888> MAKSUD "BERILMU UNTUK BERBAKTI" = Ilmu merupakan alat untuk berjaya dan melaluinya akan timbul kesedaran untuk berbakti kepada keluarga,agama,bangsa dan negara.

Lagu Sekolah

Indah namamu tercipta
Seindah seri sang suria
Menyinari langkah bercita
Seiring falsafah pendidikan

Kami warga nan setia
Ingin lafazkan ikrar
Menjadi insan berguna
Generasi berjasa

"Berilmu untuk Berbakti"
Kami selami maksud tertulis
"Berlimu untuk Berbakti"
Kecemerlangan yang kami janji

Kami warga SMK Seri Budiman
Takkan lupa jasa yang telah dicurahkan
Terima kasih ayah dan ibu
Terima kasih cikgu
Terima kasih cikgu.

=p/s LIRIK DAN LAGU
En.Azman Bin Abdullah...

Sorry ye korang tak ada music just lirik je...(jangan marah...)
Ok sampai sini dulu ye,N3 pasal SMKSB ni ye...

Opsss ye nak bagitahu jangan lupa tengok gambar kat bwah ye... :)

P/S:aku pinjam gambar ni daripada pelbagai sumber
1-Aku sendiri=tapi 1 keping je... :)
2-Min
3-SMKSB
4-Rakan FB(Hadif Fahmi)

Sambutan Majlis Maulidur Rasul

Surau SMKSB







Guru-Guru SMKSB




Kantin Lama SMKSB

Laluan ke Kantin Baru SMKSB

Hari Koperasi SMKSB

Naim & Amir

Sir Shukri


Ain Best Student SMKSB

Cg.Shuki & Ustz.Zabuddin

Dewan SMKSB

Cg.Zainun

Anak-Anak Cg.Suryana

Dataran Perhimpunan SMKSB


Cg.Aminuddin

Cg.Engku Faridah Suhana

Oh ye,maafla aku ambik masa yang lama untuk publish kan n3 ni,actually,aku tulis n3 pada hari sabtu 10/11/12-so,ini bermakna aku dah lewat 2 hari...
Jangan marah!!!
 :)

10/11/12


9 ulasan:

  1. Ade gok gambo pegang tayar orr...hahaha.. :D

    BalasPadam
  2. hehehe...memang la kena ada...model yang paling femes kat SMKSB tu...hahaha
    lagipun tengok la sape photographer dia,MIN kan...hehehe

    BalasPadam
  3. Ye,hehe.x tag pun kt Fb tu,takut org kate menyibuk plk.Nk x jadi sukarela tolong tag-kan gmbr diaorg?.

    BalasPadam
  4. tag gmbr bdk 2 org yg pgang tyr 2 ke...???
    hehehe...boleh je... :)

    BalasPadam
  5. ade gop citer pasal skoloh.. bguih2.. hoi.. rindu2

    BalasPadam
  6. Siapa cipta logo....

    BalasPadam
  7. Nama pengetua tu boleh tak kabor dari tahun berapa dia berkhidmat

    BalasPadam
  8. nice r haha.. bunut3.. rndu seme sal skoloh ni.. ambe spn 2o13 kikiki..rama cg pndh

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved sedinginhatiku.blogspot.com